ADAKAH ISLAM ITU MENGONGKONG FIKIRAN PENGGANUTNYA???

 Islam itu mengongkong ???..macam mane bleh pikir macam tu..mungkin sebab kurang mendalami agama Islam ini sendiri..sebenarnya,apa saja peraturan yang Allah dah kuatkuasakan melalui Al-Quran itu ada hikmah dan kebaikannya tsendiri yang kadang2 kita pun tak tahu kenapa..tapi Allah dan Rasulnya lebih mengetahui..jangan ingat kalau nak ikut zaman moden,fikiran moden,segalanya moden, macamla kalau ikut agama ni ,dah ketinggalan zaman..fikiran orang yang beragama ni kolot,terkongkong..itu tak boleh,ini tak boleh..tak boleh  dengan gaya Islam yang menitik beratkan soal agama walaupun yang remeh temeh..MashaAllah..agama ni dah cukup sempurna diturunkan kepada umat di dunia..manusia yang sering meragukan apa yang diturunkan oleh Allah..contohnya,manusia mempersoalkan hukum hudud yang dikatakan sebagai tidak berperikemanusiaan..walhal itu hukum Allah..ada sebab disebalik hukum itu..tp,manusia tak berani nak melaksanakannya kerana tidak percaya akan perintah yang diturunkan itu dengan sepenuhnya..juga kerana manusia takut dengan manusia yang lain hingga terlupa Pencipta manusia itu sendiri..Pencipta manusia yang lebih Agung..tapi perintahNya  diambil enteng sama sekali..Nauzubillah..manusia ini sebenarnya lupa akan janji2 Allah ..tentang akhirat,padang masyar,syurga dan neraka..apakah kita ini yakin benar yang kita akan masuk syurga tanpa kasih sayang dan rahmat Allah..walhal kedua2Nya adalah milik Allah..kita mengatakan walaupun kita tak kuat agama,tp kita masih menjaga solat..soalnya bukan seseorang itu kuat agama atau tidak,tetapi megambil berat akan hukum2 Allah..halal haram..soal yang boleh membawa kepada dosa dan pahala..kita hayati agama untuk mendapat keredhaan Ilahi..laksanakan yang wajib..dalam masa yang sama menjaga peraturan2 agama..contohnya,pergaulan lelaki dan perempuan..berpasangan tanpa akad nikah..mengapa Allah larang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang begitu?Allah melarang berkasih2an sebelum ada ikatan perkahwinan kerana ada sebabnya yang Allah sudah mengetahui akibatnya jika kita melanggar perintah itu..Allah lebih Mengetahui tentang ciptaanNya..segala2 tentang makhluk..mari kita kaji kenapa berlaku penzinaan di merata2 tempat dalam zaman moden ini..puncaNya kerana melanggar peraturan yang Allah dah tetapkan..apabila kita melanggar peraturan Allah walaupun kecil,boleh membawa impak yang besar..apabila mula berkenal2,kemudian bertukar2 no telefon bimbit,hubungan mula menjadi rapat,mula timbul rasa sayang dan rindu antara dua insan yang bukan mahram..kemudian,berjumpa..mula2 tempat terang,masih ikut syariat kononnya,..kemudian upgrade skit,..ke tempat gelap...,mungkin sebab kena tegur dengan orang lain,nak privacy dalam hubungan,...kemudian??sendiri fikirlah..Allah Mengetahui akan tahap iman hambaNya itu..sebab tu Allah dah bagi warning awal2..wala taqrabuzzina'..dan janganlah kamu dekati zina..bukan saja x boleh nak zina,nak dekati zina pun Allah tak bagi..sebab kalau kita dah masuk dalam satu2 peringkat zina..dari satu stage,ke satu stage lg..memang susah nak stop untuk ke stage zina yang seterusnya..sampailah boleh berlaku zina yang sebenar2 zina..biasanya,dosa berzina ini bermula daripada pandangan mata..Allah dah bagi tahu kepada hambaNya supaya jaga pandangan mata..tapi,kita degil..kalau pandangan pertama itu nikmat atau rezeki,pandangan kedua tu dah jadi maksiat..orang kata dari mata turun ke hati..dari hati turun ke jari..lepas tu???kita ini dikurniakan akal dan fikiran yang waras..berfikirlah dengan sebaiknya..berfikir sesaat itu lebih baik dari beribadat beribu2 tahun..tapi,kalau dah berfikir,laksanakanlah ibadat itu..berfikir pun dapat pahala kalau fikiran itu atas perkara yang baik..kita perlu banyakkan berdoa dan berusaha..serta mujahadah.. semoga kita dikurniakan Allah hidayah petunjukNya..mungkin agak sukar..tapi,percayalah..kalau ada niat dan keinginan yang ikhlas,Allah akan tunjukkan jalan..bila dah jumpa jalan,ikutlah jalan tu..Allah itu Maha Penyayang..dan sifat kasih sayang yang hadir dalam diri manusia pun Allah yang ciptakan..

Comments

Popular Posts