HABLUMINALLAH WA HABLUMINANNAS
bicara tentang akhlak memang mempunyai skop yang sangat luas..banyak cabang yang perlu dititikberatkan..:
1-akhlak kepada ALLAH
#beriman kepada Allah
#beribadah mengabdikan diri,tunduk dan patuh kepada Allah
#sentiasa bertaubat dan sentiasa mengharap pada Allah dlm segala usaha dan amalan
#melaksanakan perkara wajib,fardu dan nawafil
#redha menerima qadak dan qadar Allah
2-akhlak kepada makhluk Allah
-terbahagi kepada dua
>manusia
>bukan manusia:malaikat,jin,haiwan,tumbuhan,alam sekitar
nak menjaga akhlak dengan ni bukannya senang..ganjaran orang yang menjaga akhlak ini dikurniakan syurga di akhirat kelak..begitu besar sekali peranan akhlak sehingga boleh membeli syurga Allah dengan rahmat Allah..kita lihat Rasulullah sendiri diturunkan dengan akhlak yang sangat terpuji..kerana akhlak Rasulullah jualah ramai orang yang memeluk Islam...namun,Rasulullah sendiri pernah di tegur oleh Allah ketika baginda sedang berdakwah kepada pembesar Quraisy,sehingga mengabaikan seorang lelaki buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum,yang ingin menyucikan dirinya atau mendapat pengajaran yang memberi manfaat kepadanya..disebut dalam Al-Quran dalam surah Abasa..sednagkan Rasulullah sendiri ditegur oleh Allah,apatah lagi kita yang hina ini..akhlak kita dengan Allah ,raja seluruh alam semesta ini pun tak terjaga..inikan pula akhlak dengan kita dengan manusia..kita berani membuat dosa tanpa ada rasa malu dihadapanNya walau kita sedar kita sering diperhatikn sentiasa..dosa kita dengan manusia memang banyak..kadang2 kita sendiri tak perasan yang kita dah buat dosa ngan orang lain..terasa bersalah minta lah maaf daripada orang itu..terpulanglah kepada empunya diri untuk memaafkan atau tidak..itu juga adalah akhlak yang baik yang harus ada pada setiap insan..kita juga mempunyai rasa ego dalam diri yang menghalang kita daripada meminta maaf kepada orang lain..kadang2 kita rasa apa yang kita buat sudah betul..maka tak perlulah meminta maaf..hati orang yang terluka disebabkan perbuatan kita,akan terus terluka..mungkin juga akn timbul dendam dan rasa tidak puas hati menyebabkan timbulnya pergaduhan yang berpanjangan.nauzubillahiminzalik..habluminallah wa habliminannas..hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia..kedua2nya perlu kita jaga untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat..bersamalah kita perbaiki akhlak kita...moga kita menjadi golongan yang diredhai Allah..InsyaAllah..
Comments
Post a Comment