CEMBURU DAN CINTA
bila kita cerita pasal cemburu ni,kita dah dapat gambaran macam mane keadaan kalau seseorang tu cemburu..macam2 yang dia akan buat..
banyak kes yang kita dengar kalau orang cemburu ni dia akan buat apa saja termasuklah kezaliman kerana dia cemburu..dia juga mungkin akan marah kepada orang yang dia cemburu,buat sesuatu untuk menghapuskan penyebab yang buat dia cemburu,lebih teruk lagi kalau kita tengok orang yang berpasangan ni sanggup memukul,mencederakan sampai ke tahap membunuh gara2 cemburu..
memang fitrah manusia sifat cemburu ni bila bercinta..bahkan orang soleh pun tahu cemburu..Nabi Muhammad s.a.w sendiri juga cemburu..diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi'ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar,ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasulullah,Ibrahim,seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya..Suatu hari Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya...Rasulullah berasa cemburu.Baginda keluar dengan rona wajahnya berubah..Di jalanan,Rasulullah bertemu dengan Umar.Umar perasan sesuatu yang Rasulullah pendamkan..Umar lantas bertanya kepada baginda.Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.Umar lalu menghunuskan pedangnya lalu mencari lelaki itu.Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong.Umar tidak jadi membunuhnya.Dia menemui Rasulullah.Rasulullah berkata,"Jibrail telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku"...(Riwayat al-Bazzar )Ada lagi beberapa kisah tentang orang soleh yang cemburu yang saya belum coretkan di sini..kalau kita lihat sifat cemburu ini datang kerana ia lumrah cinta..namun sedarkah kita bahawa kita sedang membuatkan Kekasih Agung sedang cemburu kepada kita??berkata Ibnu Qayyim al-Jawziyyah:"Allah s.w.t cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepadaNya dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia"
perlu kita faham bahawa cemburu Allah itu bukan bermakna Allah menunjukkan kerendahan atau memerlukan kita..tetapi cemburu Allah itu kerana tanda besarnya cinta Allah terhadap hambaNya..Dia tidak memerlukan kita..Dia tidak luak tanpa cinta kita..dan tak terkesan langsung tanpa cinta kita..tapi..kita yang memerlukan cintaNya lebih drpd segala2nya..firman Allah yang bermaksud,"Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagai mana mereka mencintai Allah.Adapun orang2 yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah."(Surah al-Baqarah:2:165) (diedit dari majalah solusi isu 28)
cintaNya cinta yang utama..cinta yang membuatkan hidup kita terasa cukup sempurna walau serba kekurangan di mata manusia biasa..cintaNya memberi kelapangan kepada segala kesempitan,keterangan kepada setiap kegelapan,keceriaan hidup kepada setiap perkara yang kita rasa pudar dan membosankan..cintaNya cinta abadi yang membuatkan hati menjadi lapang kerana itulah hakikat cinta yang sebenar2nya..kita berasa senang ketika bersama dengan orang yang kita cintai..begitu juga cinta kepada Allah..malah cintaNya memberi impak yang berkali ganda lebih hebat daripada cinta biasa..hati sering menyebutkan nama Allah serta apa yang dilihat mengingatkan kepada Allah..
begitulah indahnya cinta ini..diri menjadi begitu yakin dengan pembelaan serta penjagaan Allah walau di mana sahaja..
dalam keadaan apa pun..hinggakan jika terdengar namaNya,hati menjadi rindu dan sayu..mudah tersentuh dalam hal2 yang berkaitan denganNya..Subhanallah..hebatNya perasaan ini..semua insan boleh merasainya jika insan itu mencariNya serta memperoleh hidayahNya..kerna Allah itu begitu dekat dengan hambaNya..


perlu kita faham bahawa cemburu Allah itu bukan bermakna Allah menunjukkan kerendahan atau memerlukan kita..tetapi cemburu Allah itu kerana tanda besarnya cinta Allah terhadap hambaNya..Dia tidak memerlukan kita..Dia tidak luak tanpa cinta kita..dan tak terkesan langsung tanpa cinta kita..tapi..kita yang memerlukan cintaNya lebih drpd segala2nya..firman Allah yang bermaksud,"Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagai mana mereka mencintai Allah.Adapun orang2 yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah."(Surah al-Baqarah:2:165) (diedit dari majalah solusi isu 28)
cintaNya cinta yang utama..cinta yang membuatkan hidup kita terasa cukup sempurna walau serba kekurangan di mata manusia biasa..cintaNya memberi kelapangan kepada segala kesempitan,keterangan kepada setiap kegelapan,keceriaan hidup kepada setiap perkara yang kita rasa pudar dan membosankan..cintaNya cinta abadi yang membuatkan hati menjadi lapang kerana itulah hakikat cinta yang sebenar2nya..kita berasa senang ketika bersama dengan orang yang kita cintai..begitu juga cinta kepada Allah..malah cintaNya memberi impak yang berkali ganda lebih hebat daripada cinta biasa..hati sering menyebutkan nama Allah serta apa yang dilihat mengingatkan kepada Allah..


Comments
Post a Comment