SIMFONI CINTA
tentu seronok apabila kita menyukai seseorang dan kita juga disukai..kita rasa kita menjadi hebat bila dilamun cinta..segalanya seakan sempurna..kalau dah suka,tak boleh nak buat apa2 dah..kita perlu faham cinta tak dapat diraih dengan ugutan atau ancaman..kata seorang penulis bernama Pahrol Mohamad Juoi,ia merupakan soal hati yang memberi dan menerima...cinta juga tak boleh dipaksa..gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa yang indah bagaikan satu simfoni dalam satu susunan muzik yang sinergi dan harmoni..aneh sekali pengaturan Allah..kadangkala cara menyelesaikan masalah sendiri ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain..untuk meringankan beban sendiri ialah dengan menaggung beban orang lain..dan kerap kali doa kita dimakbulkan apabila kita mendoakan orang lain..lakukanlah kepada orang yang terhampir dengan kita..ibu bapa,sahabat,atau saudara mara..sayangnya,set minda yang betul kekadang dicalari oleh sikap curiga..raasa simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka..bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi dan ketulusan kita dimanipulasi maka kita enggan menghantar gelombang positif..syaitan mencelah dengan kata2,"engkau ditipu..kebaikan dan kejujuran engkau tidak akan dihargai...apa gunanya engkau menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia2kan?"..begitulah hebatnya syaitan..tetapi,syaitan itu lupa akan kehebatan orang yang ikhlas keranaNya..sesungguhnya,syaitan boleh memperdayakan semua manusia kecuali orang2 yang ikhlas segala amal perbuatannya kerana Allah..tapi,keburukan cinta yang tidak diredhai Allah,menimbulkan maksiat segala anggota antaranya;
- ingatan dan fikiran kepada akan kekasihnya melebihi ingatannya kepada Allah..
-diri menjadi lebih berani untuk melakukan maksiat dan mengingkari hukum Allah melampaui rasa takut akan dosa dan azab Allah
-kekhusyukan ibadatnya semakin berkurang kerana fikiran dan hatinya telah melayang kepada kekasihnya
-tidak terdorong untuk melakukan ibadat
-sering merindui kekasihnya tanpa merindui Empunya kekasihnya..
-segala yang buruk dirasakan indah..
-mudah merasa marah apabila keinginan tidak dipenuhi..
-mudah merasa curiga dan cemburu dengan hal2 yang tak masuk akal..
itulah antara keburukan bercinta yang tidak diredhai Allah..sedangkan cinta yang halal diikat dengan ikatan perkahwinan adalah lebih terpelihara daripada segala keburukan itu..kerana perkara yang baik selalunya berada di bawah perlindungan dan jagaan Allah..jika kita cintakan seseorang,adalah lebih baik menyembunyikan daripada orang yang dicintai sehingga tiba masa yang sesuai serta sudah bersedia...luahkanlah perasaan itu pada Allah supaya tidak timbul maksiat atau dosa disebabkan luahan perasaan kita..malah,orang yang mati sedangkan dia menyimpan perasaan cintanya tanpa pengetahuan orang lain kerana Allah,dijamin syurga untuknya..Wallahua'lam..

Comments
Post a Comment