bukan mudah untuk menjadi orang yang pemaaf..dan sukar untuk memaafkan orang lain..tetapi banyak kelebihannya yang telah digariskan dalam al-Quran..mari kita hayati ayat2 al-Quran berikut...
dalam surah an-Nur ayat 22 ,Allah telah berfirman,maksudnya:
"orang2 yang mempunyai kekayaan dan kelapangan di antara kamu janganlah bersumpah bahawa mereka tidak akan memberikan (bantuan) kepada kaum kerabatnya,orang miskin dan orang2 yang berhijrah pada jalan Allah,dan hendaklah mereka memaafkan kesalahan orang2 itu,tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
Firman Allah lagi:
Maksudnya:"jadilah kamu pemaaf dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah(jangan hiraukan) orang2 yang jahil"
(Surah al-A'raf:199)
Rasulullah saw bertanyakan malaikat Jibril mengenai takwil ayat ini.Jibril menjawab:"ya Muhammad!Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menghubungkan tali silaturrahim dengan sesiapa yang memutuskannya,memberi kepada orang yang tidak memberikan kepadamu dan memaafkan mereka yang telah menzalimi kamu"
dan Allah berfirman lagi:
"dan bagi mereka yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya)sesungguhnya,yang demikian itu adalah perkara2 yang dituntut (melakukannya)"
(Surah asy-Syuara:43)
Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa aku bersama Rasulullah saw ..ketika itu baginda memakai selimut yang kasar..seorang Arab Badwi menarik dengan kuatnya selimut tersebut sehingga tengkuk baginda berbekas..kemudin dia berkata.."wahai Muhammad!Letakkan harta yang diberikan oelh Allah yang ada bersama2 kamu di atas unta ku ini..kamu bukan memberikan harta milikmu dan bukan juga harta milik ayahmu kepadaku"..Rasulullah saw diam kemudian berkata,"harta adalah milik Allah dan aku hanyalah hambaNya,"..kemudian baginda berkata lagi,"wahai Badwi!kamu akan dibalas berdasarkan apa yang telah kamu lakukan terhadapku"..dia berkata ,"tidak boleh"..baginda bertanya.."kenapa?"..dia menjawab,"kerana kamu tidak akan membalas kejahatan dengan kejahatan"..maka Rasulullah ketawa,kemudian menyuruh supaya meletakkan gandum ke atas unta lelaki Badwi tersebut dan buah kurma di atas unta satu lagi...
begitulah sebahagian daripada kisah pemaaf Rasulullah saw..jika kita memaafkan orang lain,bermakna kita mengikut sunnah Rasulullah saw..diberikan ganjaran pahala dan Allah menjanjikan keampunan atas dosa yang telah kita lakukan..semoga kita dapat menanamkan sifat pemaaf di dalam diri kita masing2..InsyaAllah...

Comments
Post a Comment