DIAM ITU LEBIH BAIK

diam itu adalah lebih baik..memang tak semua orang yang boleh buat macam ni..walaubagaimana pun,pepatah melayu sendiri ada mengatakan biar pecah di perut,jangan pecah di mulut..biasanya perkara ini berkaitan dengan rahsia yang mengaibkan atau rahsia yang sangat bahaya jika diketahui oleh orang lain..tapi kat sini saya nak highlight kan yang bukan itu yang cuba saya ketengahkan tetapi diam dalam memendam perasaan..remaja kini sudah hilang sifat malu..mereka berani menunjukkan aksi2 yang tak senonoh di khalayak ramai..kata orang,buat dosa terang2..lebih2 lagi dengan budaya coupling..menunjukkan sudah hilang sifat malu dalam diri..berpegangan tangan,duduk rapat2,bahkan berpelukan di khalayak ramai..ada jugak yang fikir kalau nak dating kena duduk terang2 supaya tak berlaku fitnah..so,duduklah berdua2an kat tempat terang..tapi,tanpa disedari syaitan berjaya mengasut dan menghilangkan sifat malu itu..orang tua dulu cakap macam tu sebab nak elakkan dari maksiat atau berlaku perkara2 yang tak senonoh..yelah,sebab depan orang ramai tu fitrahnya ada rasa malu apabila diperhatiakan orang..tapi,yang berlaku sekarang kat tempat terang pun berani buat perkara yang dimurkai Allah..sifat malu dah tak da..semuanya sebab mereka fikir,"alah,semua orang pun dah tahu yang kitorang ni couple,so buat ape nak kisah.." jadi sifat berani itu disalahgunakan dan keyakinan tentang pandangan orang lain terhadap mereka adalah baik serta menganggap mereka tidak ambil kisah pun..mungkin ada betulnya,tapi bagaimana dengan pandangan Allah swt?adakah Allah juga tidak mengambil kisah terhadap hambaNya yang berbuat maksiat dan mengabaikan perintahNya?

kalau kita fikirkan balik kenapa semua ni berlaku..sebab remaj sekarang ni terlalu berterus terang...open minded la..salahkan plak dunia sekarang ni dah modern..kena la bersikap terbuka..memang boleh  kbersikap terbuka,tapi biar la bertempat..kalau nak suruh pakai jubah tengah2 orang bila pergi konsert ke,pakai serban masa pergi main game ke..tak berani..hilang sifat terbuka tu..sifat terbuka yang menunjukkan kita ni orang Islam dan ikut sunnah..ada pernah orang buat?kalau ada tu kira cukup open minded la tu..tapi,remaja sekarang ni suka bersikap terbuka bila bab2 perasaan ni..bersikap open minded untuk meluahkan perasaan kepada orang yang dia suka.."i love u".."saya sayang awak sangat2".."saya suka awak..."bila dah cakap macam tu,mudah lah nak dekati orang yang disukainya...bila rasa sayang,suka,cintanya berbalas..maka start lah jadi couple..keluar dating sana sini,tengok wayang,main bowling,pergi karaoke..macam2 lagi la fenomena yang selalu berlaku kat Malaysia ni..bila sorang dah berani buat,maka diikutilah oleh rakan2 yang lain..kawan2 yang cemburu tengok kawannya ada couple,dia pun nak try jugak..rasa macam seronok je..pastu dia pun pergilah mencari...dan begitulah yang berlaku seterusnya sampailah ramai remaja yang bercouple..dan couple tu dah jadi macam perkara biasa..

macam mana pulak kalau remaja ni bersikap memendam perasaan suka,sayang,cinta nya kepada orang yang disukainya sampailah tiba waktu yang sepatutnya..selalunya orang yang memendam perasaan ini adalah orang yang pemalu..dia hanya akan memerhatikan orang yang disukainya itu dari jauh je..tak berani nak dekat2 sebab rasa malu dan segan tu tinggi..bahkan ada jugak yang tak berani nak cakap langsung..cuba untuk mengelakkan diri dari bertembung mata..tapi dalam masa yang sama perasaan suka tu semakin kuat..lebih baik lagi kalau perasaan yang dipendam itu adalah kerana Allah..bimbang dirinya dan orang yang disukainya itu terjerumus ke dalam dosa,maka dia pun memendam perasaannya..dengan cara itu dia telah mengelakkan maksiat anggotanya..walaupun dia susah untuk nak mengelakkan maksiat hati..namun,Allah Maha  Mengetahui..usahanya adalah dalam doanya..supaya dapat bersama dengan cara yang halal ,terbaik dan tidak melanggar syariat..macam lagu yang dinyanyikan oleh Wali Band..Kekasih Halal..jika semua remaja kuat dalam menahan perasaan,tentu tak berlaku budaya coupling ni InsyaAllah..sebab secara logiknya,orang yang di sukainya itu tidak tahu yang dia disukai sampailah ada rombongan meminang datang rumah..kata orang kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..lebih baik bertepuk sebelah tangan daripada bertepuk dua belah tangan yang mengundang kepada dosa...

ada jugak yang fikir kita hanya boleh pendamkan perasaan sahaja..kalau macam tu melepas lah ke tangan orang lain..soal melepas tak melepas tu dah kira qada dan qadar Allah..kalau tak nak melepas,berusahalah dengan secepat yang mungkin..dengan cara yang halal..bukan dengan cara mengurat ke,hantar jin ke,pekena dengan ubat pengasih ke, tapi dengan cara yang mengikut syarak dan adat resam..jangan sampai melampaui hak wali, mencemarkan kesucian agama dan maruah keluarga..
kalau kita lihat orang2 yang soleh ni,tak kan layan perempuan..sebab mereka mengikut syariat agama..sifat malunya tunggi..walaupun dia menyukai seorang wanita,mereka tidak akan terus mendapatkan wanita itu atau meluahkan perasaan kepadanya,tetapi cuba untuk menyiasat latar belakangnya secara diam2..malah yang lebih baik bertanya kepada wali wanita itu..jika dia rasa boleh menerimanya sebagai suri rumahnya,maka dia akan melamarnya dengan cara yang bersederhana..itulah yang sering dilakukan oleh orang2 yang soleh..

jadi,dalam hal ini,yang mana satu yang lebih baik?bersikap terbuka atau diam?

Comments

Popular Posts