IBADAH SEORANG AHLI SYURGA

setinggi mana pun ilmu,sehebat mana teknologi dunia,sebanyak mana ibadah...jika ianya tanpa akhlak,maka sia2 saja semua itu..dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasai,Anas bin Malik meceritakan satu peristiwa dalam sebuah majlis bersama Rasulullah saw..sedang baginda duduk bersama para sahabat,tiba2 baginda bersabda,"Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga"..masuklah seorang lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduk..dia mengikat kedua2 sandalnya pada tangan sebelah kiri..keesokan hari,baginda mengatakan perkara yang sama sehingga 3 kali..selesai majlis,Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi..beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersama lelaki itu..
"Saya telah bertengkar dengan ayah saya..dan saya berjanji kpd ayah bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya..bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?"pinta Abdullah bin Amr bin al-Ash .Lalu diizinkan oleh lelaki itu dan tidurlah dia selama tiga malam..namun,selama dia tinggal bersama lelaki itu,dia tidak melihat apa2 amal ibadat yang istimewa..
kata Abdullah,"setelah tiga hari aku tdak melihat amalannya hingga aku hampir2 meremehka amalannya  lalu aku berkata,"Hai hamba Allah,sebenarnay aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya..tetapi aku mendengar Rasulullah saw bersabda tentang dirimu sebanyak tiga kali,"Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga"..aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya..mudah2an denagan amalan yang sama aku sapat mencapai kedudukanmu.."
berkata lelaki tersebut,"Apa yang aku amalkan tidak lebih dari apa yang kamu saksikan.."
"ketika aku mahu pulang,dia memanggilku dan berkata,"demi Allah amalku tidak lebih dari apa yang kau saksikan itu..Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum muslim dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka"
"Lalu aku berkata;"begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki..inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu..inilah yang kami tak mampu lakukan"(Hayat al-Sahabah,jilid 2,hlm 520-521)-sumber majalah solusi isu 28-

sesungguhnya amalan ini nampaknya sederhana,tetapi darjatnya sangat tinggi disisi Allah..jika seseorang itu adalah seorang yang berakhlak walau ibdahnya lemah,masih mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah..

Comments

Popular Posts