KEINDAHAN KATA2 RASULULLAH

Sememangnya kepetahan dan keindahan kata2 Rasulullah tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun..susunan kata2 baginda yang mudah dan sesuai,ringkas,lafaz yang jelas,makna yang tepat dan tidak menggunakan bahasa yang dibuat2.Baginda dikurniakan jawami'ul kalim yang bermaksud ucapan yang ringkas tetapi mengandungi makna yang padat dan luas..keindahan kata2 baginda begitu menakjubkan dan meluas..bahkan,baginda mempunyai pengetahuan mengenai istilah yang digunakan oleh pelbagai kabilah Arab.Baginda bercakap dengan setiap kaum menggunakan istilah masing2 dan berbincang menggunakan dialek mereka,tetapi baginda menandingi balaghah(keindahan bahasa) yang mereka miliki..antara sabda baginda yang indah dan masyhur ialah yang bermaksud:

#  tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang tidak memandang dirimu sebagaimana kamu memandang dirinya

#  semoga Allah merahmati orang yang berkata sesuatu yang baik,dengan itu dia mendapat habuan kebaikannya ataupun dia diam,dengan itu dia terselamat

#  Sesungguhnya,orang yang paling aku kasihi dan paling hampir tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya di kalangan kamu lagi merendahkan diri,iaitu orang yang menyintai orang lain dan dia dicintai..

#bertakwalah kamu kepada Allah,di mana saja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan,nescaya ia akn menghapuskan kejahatan tersebut.Berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang mulia

#sebaik2 perkara ialah pertengahan

#berpadalah dalam mencintai orang yang kamu cintai..kemungkinan pada suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu benci

begitulah antara ungkapan menarik yang popular dalam kalangan orang Arab,yang berasal daripada sabda baginda yang begitu indah dan memberi makna yang benar dan mendalam..kepetahan baginda berkata2 ditambah lagi dengan wahyu Ilahi yang membekalkan wahyu kepadanya di mana pengetahuan yang terdapat di dalamnya tidak dapat dijangkaui ilmu manusia..semoga kita dapat mencontohi baginda yang halus dalam tutur bahasanya dan dapat mempraktikkan amalan berbahasa dengan baik kerana itu adalah sunnah Rasulullah saw..InsyaAllah..

Comments

  1. Hadis "berpadalah dalam mencintai orang yang kamu cintai..kemungkinan pada suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu benci" diriwayatkan oleh siapa?

    ReplyDelete
  2. al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
    (riwayat al-Baihaqi)

    Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

    maaf kiranya tak dapat mencari hadith yg tepat..post ni ditulis dah lame dah..ana copy dari buku agama..tak ingat dah..sepatutnya ana kena cari sanad dan riwayat siapa..maaf..ana jahil lagi~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts