MENCARI JALAN DUNIA,TERLUPA JALAN AKHIRAT
Sedang asyik manusia mengejar harta kekayaan,mengejar pangkat yang tinggi2,belajar hingga ke luar negara..supaya mendapat kerja yang bergaji besar..ingin mendapat duit yang banyak...harga getah naik,harga barangan runcit naik,minyak naik,..semuanya menjadi isu yang hangat diperkatakan di Malaysia..dek kerana harga getah yang naik,orang kaya pun sanggup pergi menoreh getah..dari Subuh sampailah ke Maghrib..gara2 ingin mencari wang dengan lebih banyak..penoreh getah yang dahulunya hanya mempunyai motor Yamaha 70..kini mampu memiliki sebuah kereta mewah..namun masih lagi menoreh getah dengan membawa motor yang lama..pemilik BMW pun sanggup jual air mata kucing di pasar malam..manusia sibuk mencari rezeki di dunia..itu tidak mengapa kerana menjadi tanggungjawab untuk menyara diri dan berusaha..banyak jalan yang boleh dilakukan untuk mencari rezeki..tetapi janganlah hingga terlupa jalan yang satu lagi..jalan yang ditinggalkan..tidak dihiraukan..sedikit sekali manusia yang berfikir dan berusaha untuk menempuh jalan itu..jalan yang sangat sukar..amat susah sekali untuk menempuhnya..namun semua jin dan manusia tidak akan terlepas daripada melalui jalan itu..sama ada bersedia atau tidak,semuanya itu terpulang kepada mereka..itulah jalan akhirat..
fenomena di rumah2 Allah...satu saf pun tak penuh..kadang2 hanya dua orang saja..imam dan muazin..di manakah tetamu Allah??di manakah Muslim yang bersolat jemaah??semakin banyak rezeki yang Allah kurniakan,semakin kurang amal ibadat kerana sibuk mengejar kekayaan dunia..mari kita bersama2 bertadabbur dengan ayat Allah dalam surah al-An'am (6:36) yang bermaksud,
"kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya,Kami bukakan kepada mereka pintu2 segala kemewahan dan kesenangan ,sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat,Kami timpakan kepada mereka secara mengejut(dengan bala bencana yang membinasakan),maka mereka pun berputus asa(daripada mendapat sebarang pertolongan.)"
sudah siang bekerja,malam perlulah diperuntukkan untuk ibadah..jangan kita terlupa akan masa untuk bekalan akhirat..cukupkah amalan kita sekadar solat 5 waktu??bebaskah kita dari dosa???mampukah kita bertahan dengan azab Allah dan kehidupan yang tidak akan ada lagi kematian selepasnya..mari kita renungkan..kehidupan yang tidak ada kematian lagi adalah kehidupan yang kekal..cukupkah bekalan kita untuk hidup selama2nya??..dalam surah Ar-Rahman,sebanyak 31 kali Allah persoalkan,"Nikmatku yang manakah yang kamu dustakan?"..berapa banyakkah nikmat Allah yang dipinjamkan kepada kita??dan yang manakah yang kita dustakan??mampukah kita menjawab soalan Allah itu andai kita masih lagi leka akan fatamorgana dunia ini..firman Allah yang bermaksud,dunia ini tiada nilainya walau sebesar kepak nyamuk..andai tidak kita manfaatkan untuk akhirat,sia2 sahaja hidup kita di dunia ini..janganlah kita teperdaya dengan dunia..kerana di dunia inilah tempat syaitan menghembuskan tipu dayanya bagi menyesatkan manusia..Ya Allah,lindungilah kami dari syaitan yang direjam..
Comments
Post a Comment