SECEBIS ILMU HARI INI

Hari ni sy nak berbicara tentang sahabat..sebab kebelakangan ni sy ada berhubung dengan seorang kawan lama sy..identiti dirahsiakan..hehehe..sy banyak ceritakan dengan dia tentang masalah yang sy hadapi..dan apa saja yang menyerabutkan kepala  sy ni..smalam kepala sakit ..tak tahu nak buat apa..pergi masjid tanah..usha kedai buah..tengok2 anak tokey tu tengah tengok tv masa maghrib..tapi nasib baik tak azan lagi..adoyai..patutnya berzikirla..tol x?hahaha..cakap orang,sendiri pun x ingat..(ni dah tersimpang jauh dari tajuk ni)..ehem..key,kita sambung balik citer pasal sahabat..sahabat yang baik ialah apabila kita susah,dia bersama kita,sama ada menanggung kesusahan itu bersama atau meringankan kesusahan yang kita hadapi dengan cara membantu atau yang paling tidak pun memberi nasihat atau pun kata2 semangat..itu adalah lebih bermakna jika kita sedang susah hati..dia juga menyokong kita dan mengingatkan kita jika kita berbuat kesilapan atau dosa..syukur kerana semua sahabat saya mempunyai sifat yang sebegitu..kita juga perlu memiliki sifat2 sebagai seorang sahabat jika kita ingin mempunyai sahabat.. sahabat ialah jika kita jatuh ,dia pimpinkan tangan untuk bangun semula...jika kita dukacita,dia menenagkan fikiran kita dengan pujukan dan nasihat..jika kita berbuat salah,dia tolong ingatkan kita.. dan sahabat yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa memastikan kita berada dalam keadaan iman terjaga...menghindarkan sahabatnya dari berbuat dosa..dan sentiasa mengingatkan kepada kita tentang kematian..itulah sahabat dunia dan akhirat..

dan pagi tadi ayahanda ada memberi sedikit pedoman hidup yang jarang kita dengar dari orang lain..
iaitu..kalau nak hidup selamat dan jaga amal..kita kena kenal SYAITAN..kenapa?kerana kerja syaitan ialah memperdayakan manusia supaya manusia sesat , dan mendapat teman di neraka kelak..jadi,untuk hidup selamat kita kena kenal syaitan ni dulu..sy bg contoh dalam amal ibadat..kita berniat untuk solat tahajud..kemudian kita terjaga dalam pukul 2.00 am..kemudian,syaitan ni akan membisikkan ke dalam hati kita.."eh..awal lagi ni..tidur dulu lah...dah pukul empat kang baru bangun balik"..kemudian kita yang tak sedar itu adalah tipu daya syaitan,kita pun tidur lah balik..syaitan pun membuai tidur kita dengan mimpi2 indah..sebab masa tidur balik tu..kita dah tak baca doa dah..yelah..sebab dah mamai kan?mudahlah kerja syaitan itu...tertidurlah kita sehingga terbit fajar...subuh pun kena qada' balik..hahaha..bagus x tipu daya syaitan..perangai dia yang kita dah tahu ialah syaitan ni suka bertangguh..sebab tu kalau kita bertangguh nak buat sesuatu kebaikan..boleh jadi kebaikan tu x jadi nak dibuat..iblis pernah minta tangguh dengan Allah supaya ditangguhkan kematiannya sampai hari kiamat..supaya dia boleh menyesatkan manusia dengan tipudayanya..maka,Allah perkenankan..iblis tu adalah leader bagi syaitan ni..iblis pernah membongkarkan rahsianya kepada nabi Musa sebagai hadiah kepada Nabi Musa atas pertolongannya..iblis memberitahu bahawa dia berada dalam salur darah manusia..hanya manusia yang mengingati Allah,akan dapat bebas dari bisikan konco2nya..banyak lagi kisah2 iblis ni memperdayakan seorang yang abid yang akan sy sambung esok..InsyaAllah...salamun alaik!

Comments

Popular Posts