SYAITAN DAN ORANG2 YG BERSOLAT

soal Rasulullah saw kpd Iblis.."hai iblis..apabila umatku berdiri sembahyang,apakah yang akan kau lakukan?"..maka sembah iblis.."masa itulah sebesar2 kesusahan bagi diri hamba..gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba,maka pada waktu itu hamba suruhlah sekalian iblis menggodakan orang yang hendak sembahyang pada tiap2 manusia itu dengan berpuluh2 iblis datang menggodanya... setengahnya pada anggotanya supaya malas sembahyang dan setengahnya masuk pada hatinya supaya was2 di dalam sembahyangnya dan terlupa beberapa bilangan rakaatnya dan berbimbang pada pekerjaan dunia dan hatinya hendak segera2 keluar dari sembahyangnya,dan setengah iblis masuk kepada mata orang yang hendak sembahyang supaya ia tiada khusyuk yakni tiada hadir dalam hatinya di dalam sembahyang kerana bahawasanya orang yang berpaling atau menjeling ke kanan dan ke kiri di dalam masa sembahyang itu tiadalah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya..dan setengah iblis masuk ke dalam telinganya supaya orang semabahyang itu memasang telinga mendengar orang bercakap dan mendengar suara bunyi-bunyian dan sebagainya yang sia2 dan setengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tiada kuasa lama2 duduk di waktu sujudnya atau di waktu tahiyatnya dan di dalam hatinya berkehendakkan segera habis sembahyangnya kerana yang demikian itu adalah membawa kepada kurang mendapat pahala sembahyang ..maka sekiranya sekalian iblis itu tiada dapat mengoda yang demikian itu nescaya sekalian mereka itu hamba hukumkan dengan seberat2 hukuman.."

sama2lah kita muhasabah diri dan merenungkan sudah berapa kali kita digoda syaitan dalam solat kita..semoga kita dapat mempertingkatkan kualiti solat kita yang seterusnya..

Comments

Popular Posts