KALAU DAH KELUAR MEMANG TAKKAN MASUK BALIK(''_)
tak lame b4 result kuar...
tengah2 syok iron baju kemeja abangku yg nak pergi,tiba2 terdengar suara kucing mengiau..eaowww....arrrr...kufikirkan kucing begaduh sesama spesis..biasa lah tu..kubuat derk je seperti tiada apa yang berlaku..niat nak tolong leraikan tu memang ada..tapi tengah busy iron baju susah ar nak berhenti..lagi satu ku memang tak suka kalau kerja aku diganggu oleh benda2 yang kurang penting ni..aku pun teruslah mengiron baju tersebut..kucing itu mengiau lagi..tiba2 alang menjerit memanggil nama ateh.."fatanah,cepat..tengok anak kucing ni kena makan ngan biawak.."kata alang smbil mengejar biawak tersebut..ateh yang tengah syok main game NFSMW tu terus pausekan game nya dan berlari keluar rumah untuk membantu mengejar biawak tersebut..aku tersentak..tapi aku terus mengiron baju tu sampai siap..lepas dah siap tu baru aku keluar rumah melihat apa yang telah berlaku..alang berkata dengan nada perlahan.."anak kucing hitam ko ni dah kena gigit ngan biawak..perut dia terkeluar.."aku terkedu jap..macam2 perasaan yang menyelubungi diriku..sedih,takut,marah,bengang,..aku pun menghampiri kucing tu..aku nampak perut dia dah terburai keluar..tangan dia dah patah..tulang tangan dia pun dah terkeluar..tiba2 aku jadi panik..air mataku menitis tanpa kusedari..mak datang menghampiriku..mak cakap..."dah nak mati dah kucing ni.."lagi deras air mataku keluar..aku cuba pegang kucing tu..mukanya nampak terseksa dan pucat..suaranya dah tak terkeluar kerana terlalu sakit agaknya..aku cover diriku daripada melayan perasaan..aku amik kain yang agak bersih,kuangkat badannya yang lemah longlai itu..iauuuu..dia sakit..kugagahi tanganku untuk mengangkat badannya ke atas kain itu supaya dapat mengurangkan kesakitan yang dirasainya..dengan laju aku bawak dia ketempat yang lebih bersih..kuletakkan ke atas lantai..mak dan kakak iparku membantuku merawat kucing itu..kulihat pada perutnya yang dah terburai..banyak semut yang dah mula datang menghurung..aku ambil air dan aku cuba membasuh tanah2 yang melekat diperutnya..dengan bantuan mak,aku berjaya memasukkan perutnya kembali..tapi,lepas tu aku nak buat apa..aku pun tak tahu..lalu emak memberi cadangan supaya kucing itu dihantar ke klinik haiwan..tapi,klinik tu agak jauh..aku ajak ateh untuk pergi jugak..
lepas solat,kami bergerak menuju ke klinik haiwan..kat Rembau..tapi,malangnya,klinik itu dah tutup..nasib baik ada no telefon yang ditulis kat papan kenyataan ..aku pun menekan butang2 telefon bimbitku berjenama NOKIA yang cikai je..nasib baik ada kredit..lalu kudengar talianku disambut oleh suara seorang wanita yang matang..ku jadi cuak..sebab jarang cakap ngan orang yang lebih dewasa daripadaku..lalu kusuruh ateh bercakap..ateh pun tanyakan tempat untuk mendapatkan rawatan bagi kucing itu..wanita itu menyuruh ateh datang ke Rembau..kami terpaksa akur walaupun dah jauh sangat dah ateh memandu..dalam 30 minit,kami pun sampai di klinik haiwan di situ..dengan pantas kubawa kucing itu masuk ke dalam wad rawatan cemas..seorang wanita(yang kufikirkan dia seorang doktor haiwan) datang ke arahku dan melihat keadaan kucing itu..dengan kelam kabut kuceritakan yang kucing itu dah terkeluar perut nya..wanita itu terkejut..wajahnya berubah menjadi cuak..aku pun pelik..kenapa pulak dia yang nak cuak..selalunya doktor biasalah buat kerja2 macam ni..rupa2nya,dia bukanlah seorang doktor..malah dia memberi maklumat tambahan bahawa di tempat itu hanya untuk kucing yang demam ke,sakit lain ke..kalau bab2 kena jahit ni dia tak ambik..dan juga sebenarnya tiada doktor haiwan pun disitu..pergh..aku jadi bertambah bengang dan panas..tension serta frust..macam rasa lepas kena tipu..kalau macam tu cakaplah awal2..ni kami dah datang dari jauh ingatkan nak dapatkan ape2 rawatan,tapi dia macam ambik sikap lepas tangan..dahla kucing tu macam tengah nazak..abes tu dia macam tak da perasaan suruh hantar kucing tu kat tempat lain..kat klinik swasta..kalau dekat tak pe..ni jauh la sesangat..kat Tampin ngan Seremban..dengan masa yang suntuk macam ni dia boleh cakap macam tu pulak..ape punye orang la..tapi nak marah pun tak guna sebab salah aku jugak tak tanya awal2..lalu kami pulang ke rumah..dalam perjalanan,aku teringat..macam mana kalau kau hantar kat klinik kesihatan yang biasa..lalu kami singgahlah kat klinik kesihatan Astana Raja..aku tanya la kat seorang nurse tu boleh tak mintak tolong jahit kan skit perut kucing tu..dengan muka yang menahan segan sebab memang permintaan aku tu macam tak logik...nurse tu boleh tersengih lagi...sambil cakap,"Dik,ni klinik kesihatan untuk manusia je..bukan haiwan ,dik..manusia ngan haiwan lain dik.."memanglah aku pun tahu sume tu..masalahnya kucing ni dah sakit sangat..cume sedikit jahitan je boleh selamatkan dia..tak sampai pun satu inci..tapi,aku cuba gak merayu mintak nurse tu tolong carikan jalan untuk selamatkan kucing tu..tapi,nurse tu tak nak..aku pun malas nak bertekak ngan nurse tu..jadi bertambah bengang..nak je aku cakap," nurse ni tak berperikemanusiaan la..x layak jadi nurse"..tapi aku cakap jugak..dalam hati..kami pun berangkat pulang dengan rasa kuciwa..
dalam perjalanan tu ateh bagi ceramah skit..ateh cakap,"kita memang boleh usaha,tapi semuanya terpulang kepada Allah jugak..kita usaha hantar dia jauh2 ni supaya Allah nampak apa yang kita buat..kita cuba berusaha untuk nak selamatkan kucing ni..kalau tak,nanti kena soal..kita jugak kena hargai nilai satu nyawa ni..walaupun nyawa seekor kucing,tetap berharga..kita kena usaha nak selamatkan nyawa ni..dan jangan jadi macam semua orang yang kita jumpa tadi..diorang tak pentingkan sangat nyawa haiwan ni..nyawa ni,kalau dah keluar,tak boleh masuk balik dah,,"kata2 yang terakhir tu sebenarnya yang menarik perhatian aku..ateh cakap tu benda yang betul..dan aku teringat sampai saat ini..menguatkan semangat aku untuk menjadi seorang doktor yang berusaha menyelamatkan nyawa..dan berserah kepada Allah setelah berusaha kerana nyawa itu adalah hak milik Allah yang kekal..kucing tu mengerang kesakitan..aku bertambah sedih..tapi nak buat macam mana..aku tak da ilmu perubatan lagi..kami singgah di masjid untuk solat Asar..
lepas solat tu jumpa mak..aku citer sume kat mak..mak cadangkan suruh beli iodin kat kedai..ngan handiplus..kami pun pergi lah kedai..beli lah..tapi iodin tak de..beli antiseptik dettol..ateh cakap benda tu pedih kalau letak kat luka..aku tak tahu..nak try la letak kat kucing..sampai rumah ,bermulalah rawatan aku kat kucing tu..letak ubat kat perut dia..try letak antiseptik,kucing tu mengerang kesakitan..memang pedih kot..tapi penting untuk dia supaya luka dia tak dijangkiti bakteria..lepas tu akak ipar aku pulak ambik daun kapal terbang..aku oun tak kenal...dia cakap daun tu boleh cepat sembuhkan luka..aku pun caye lah..(sebab dia lagi tua dari aku)..dia letak daun tu,dan jugak sikit ubat yang aku dapat kat klinik haiwan tadi..(tu pun aku yang mintak sebab wanita yang matang tadi tak tahu nak buat apa2..)aku balutkan badan dia supaya daun tu tak bersepah..lepas je abes balut tu..kucing tu muntah2..kesian sangat tengok dia..lepas tu aku bagi dia minum susu..dia haus sangat..dia minum susu tu banyak2..sedih sangat tengok kucing tu..hari pun malam..kucing tu aku ltak dalam bekas berlapikkan kain yang bersih..letak dia elok2..
tapi,yang peliknya..balik dari masjid,aku tengok kucing tu tak da..aik..mane pulak kucing ni pegi..aku ngan mak cari la kucing tu..lame jugak..takut dia kena gigit ngan kucing lain pulak..akhirnya jumpe jugak..dia duduk bawah almari..tengah tido..dia memang suka duduk kat situ..tak sangka masa sakit pun dia nak duduk kat situ jugak..aku ambik dia,letak balik kat dalam bekas tu,dan alihkan bekas tu kat tempat yang lebih selamat..
esoknya..aku tengok dia sekejap sebelum pergi solat subuh..mak pun tengok dia..mak panggil nama dia,dia menyahut..sayu je suara dia..lemah lagi..lepas solat subuh,aku ajak ayah nak pergi Tampin nak hantar kucing tu..ayah pun cakap okey...ateh balik rumah jap untuk ambik dia..tunggu punye tunggu..tiba2 ateh call..ateh cakap kucing tu dah mati..macam tak percaya je..air mata aku pun start la keluar..k,tu je..terima kasih sebab baca luahan isi hati aku..dan doakan aku dapat jadi doktor satu hari nanti..doktor yang dapat berusaha selamatkan nyawa manusia dan haiwan..dan jugak doktor yang berperikemanusiaan..dan kepada korang yang nak jd doktor,jangan jadi doktor yang bekerja semata2 untuk dapatkan duit je..salamun alaik!
(jangan komen ape2 kesalahn ejaan dan penggunaan tatabahasa..sebab cerpen ni bukan untuk nak jwb spm)

Comments
Post a Comment