AKU TELAH BUNUH DIRIku
muhasabah diri kita..
mashaAllah..betapa aku ini begitu kejam sekali..membunuh diri yg dipinjamkan oleh ALLAH..sedangkan ALLAH telah meminjamkan rohku dan jasadku semata2 untuk beribadat kepadaNya..tetapi,aku telah bunuh diriku sendiri..apakah aku ini manusia atau haiwan?sedangkan haiwan juga mengasihi dirinya sendiri..beribadat dan takut kepada ALLAH s.w.t..tetapi aku??rohku telah kumatikan..jiwaku menjadi kosong gara2 mengikut hawa nafsu amarah..mendengar muzik2 syaitan,memandang apa saja yg menyedapkan mata tanpa memikirkan halal dan haram,dosa atau tidak..menambahkan maksiat hati,dan anggota...dan inilah yg mematikan rohku...menjadi satu jiwa yg begitu kosong..luarannya nampak seperti mendapat segala yg dihajati..tetapi,dalamannya..kosong jiwa..mati..bagaikan bangkai bernyawa..masih bergerak2,tetapi tidak berisi..sudah berapa kali memuaskan hati dengan melakukan pelbagai perkara yg difikirkan menyeronokkan tetapi,dilarang oleh ALLAH..namun,hati ini tetap juga tidak pernah merasa cukup..itulah yg digelar tipu daya dunia...bersama bala tentera syaitan..menghasut aku..membunuh diriku..menzalimi diri sendiri..kejam sekali..muzik yg melalaikan itu menikam2 jiwa yg lemah ini..jiwa ini jatuh,terduduk..bagaikan di dalam alam khayalan..pandangan mata yg tidak terjaga,menyuntik racun kepada hati..hati menjadi tidak sedarkan diri kerana racun itu terus merebak ke seluruh hati seperti bisa ular tedung yg mampu mematikan manusia dalam jangka masa kurang dari 1 minit..melumpuhkan sistem perlindungan hati yg belum kukuh..ditambahkan pula dengan dosa2 kecil bercampur makanan2 syubhah..mashaALLAH..sudah tentu hati itu menjadi semakin nazak..hampir keputusan nyawa..

Comments
Post a Comment