MEMBIASAKAN YANG BETUL,MEMBETULKAN YANG BIASA
ASSALAMUALAIKUM,
Ke arah meningkatkan prestasi,dan mengurangkan kontroversi,di samping menambahkan ilmu dan bertukar pandangan untuk meningkatkan kemajuan dalam diri kita.Menjadi salah satu daripada ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap insan yang inginkan kejayaan dalam hidup,sentiasa bersedia menerima kritikan dan nasihat sama ada yang membina atau nasihat yang membinasa.
Nasihat yang membina,kita ambil dan jadikan panduan dalam hidup,manakala,nasihat yang membinasa,kita ambil pengajaran dan iktibar daripadanya.Jadikan ia sebagai satu benteng daripada melakukan kesilapan yang sama kepada orang lain.Ke arah membentuk generasi yang matang,berakhlak mulia,dan yang paling penting berada dalam landasan agama yang betul dan sahih.
Jadi,pesanan ana kepada antum dan antunna,bersedialah menerima kritikan dalam bentuk apa saja.Kedua-duanya boleh memberi manfaat kepada kita.Cuma yang perlu ada,satu fikiran yang waras dan mantap,berisi ilmu-ilmu yang Allah kurniakan,InshaAllah.Berterima kasihlah kepada orang yang berani menegur kesilapan kita.Mintalah pandangan dari orang-orang yang berilmu mengenainya.
Selalunya,orang lain akan nampak kesilapan kita,dan jarang-jarang kita nampak kesilapan kita sendiri.Orang yang melihat itu boleh menghakimi apa yang kita lakukan,tetapi,kita sebagai pelaku,sukar untuk menghakimi apa yang kita sudah biasa lakukan.Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.Orang yang berjaya ialah orang yang senang dan selalu menerima nasihat dan kritikan orang lain.Jadilah kita insan seperti ini,inshaAllah.
p/s-bagus tak?sila komen.

Comments
Post a Comment