Note for My future Husband

(WAIT!)KALAU ANDA SEMUA INGIN MEMBACA POST NI,ANDA MESTILAH SEORANG YANG AKTIF DALAM FACEBOOK KERANA ANA TULIS POST NI SEBAB POST NI ADALAH SEBAGAI BALASAN SURAT YANG DITULIS KAT fACEBOOK YANG BERTAJUK 'SURAT CINTA UNTUK MY FUTURE WIFE(S)'~okey!jangan salah faham yer~

Assalamualaikum,
my future husband.I don't know who you are.May ALLAH give me the best.Ana kat sini bukanlah nak menjadi seorang yang demanding sangat pasal memilih calon husband ana.tapi,ana nak anta tahu,yang ana bukanlah seorang wanita yang begitu sempurna.Ana bukanlah seorang hafizah yang mampu membaca Al-Quran sampai 30 juzu' tanpa melihat AL-QURAN.walaupun ana begitu mengarap untuk jadi seorang hafizah macam tu.Sebab kelebihannya,tak kan di makan oleh api neraka seseorang yang mempunyai AL-Quran dalam dirinya.Tapi,ana nak anta tahu,seandainya anta ditakdirkan untuk ana,maka ana berharap sangat anta dapat menjadi seorang suami yang soleh.Lebih baik,sedia soleh tanpa tunggu masa nak kahwin,baru nak jadi soleh.Macam hipokrit pulak.Jangan depan ayah ana,anta bersikap baik,tapi belakang ayah,anta jadi orang lain.Anta kena ingat,wanita memang ramai dalam dunia ni.Bahkan,tanda-tanda dunia hampir kiamat,nisbah wanita dan lelaki adalah 40:1.MashaAllah.Ramai betul.Kalau macam ni,memang ramai lah wanita yang tak kan ada suami sampai akhir hayat mereka.Tapi,dengan jumlah wanita yang ramai ni,jangan anta nak ambil kesempatan pulak nak cari isteri yang ke-2,ke-3,dan yang ke-4.

Sebenarnya,ana memang tak boleh nak tolak hukum syara' yang menghalalkan poligami.Bahkan Rasulullah sendiri mempunyai 11 orang isteri.Pada ana,kalau anta nak jugak kahwin lagi,boleh dibawa berbincang.Sebab ana pernah dengar cerita dari ustaz ana masa sekolah menengah,isteri beliau sendiri mencadangkan untuk mengahwinkannnya dengan seorang wanita.WAIT!Jangan gembira sangat.Wanita yang dicadangkan adalah seorang janda,berwajah cantik jugak,tapi yang paling penting,wanita itu seorang yang solehah.Menjaga setiap tutur kata dan pakaiannya,menjaga amal ibadat dengan sebaiknya,mengikut apa yang diperhatikan oleh isteri ustaz itu.Tapi,ustaz tu berfikir dan berfikir.Dan akhirnya,ustaz menolak untuk menerima wanita janda itu sebagai isterinya.MashaAllah.Ana kagum dengan suami yang sebegitu.Ana berusaha nak jadi wanita sebaik isteri ustaz itu,malah,InshaAllah lebih baik lagi.Mencontohi isteri-isteri Rasulullah.Ana simpan azam tu.Yang penting anta kena adil seadil adilnya.Ana nak jugak dapat payung emas.Dan kalau dengan cara berpoligami tu ana boleh dapat keredhaan anta,ana redha kerana ana nak redha Allah.Walaupun madu itu sebenarnya racun bagi seorang wanita.Lebih-lebih lagi orang yang macam ana.Kuat cemburu.haih...

Tak mengapa andainya anta seorang yang kurang harta dunia.Itu kita boleh usahakan sama-sama.Tapi,bukan anta kurang harta akhirat.Ana tak pentingkan mas kahwin dan hataran yang berpuluh-puluh ribu,kenduri kendara yang besar-besaran.Ana tak suka nak ada pelamin dalam majlis perkahwinan kita.Ana tak suka nak menunjuk-nunjukkan apa yang kita ada.Andainya anta seorang yang berada,itu adalah satu rezeki.Atau anta adalah seorang yang berpendapatan sederhana,itu tidak mengapa.Ana ulang balik,jangan kurang harta akhirat.Jangan anta kurang amal ibadat.Anta kena tahu banyak hukum-hakam agama.Ilmu Feqah,Tauhid,Ulum Syariah.Lebih baik kalau anta tahu lebih mendalam lagi pasal agama ni.Supaya hidup kita tidak kucar-kacir kerana tanpa agama,rumahtangga kita akan runtuh,tiada keberkatan.Ana harap anta tahu semua tu.Anta sudah tentu boleh berfikir dengan waras dan matang sebagai lelaki yang akan menjadi khalifah,pemimpin dan membantu tulang rusuk kiri yang bengkok ini.Iaitu ana.

Ana tahu anta seorang yang mengikuti perkembangan semasa.Anta ada facebook,twitter,tumblr,frenster,dan apa-apa lagi lah laman sosial yang popular sekarang ni.Ana tak marah kalau anta bukak facebook hari-hari ke.Cuma,gunakan dengan jalan yang betul.Jalan yang boleh membawa bekal akhirat untuk anta.Dakwah.Ana tak nak anta leka dengan laman sosial tu,dan mengabaikan urusan yang lebih penting.Urusan dengan Allah.Dan jaga rumahtangga.Jangan sebab facebook,rumahtangga huru hara sebab anta layan perempuan-perempuan mane entah kat facebook tu.Anta kena letak status,"married to".Kalau ana dah sah jadi isteri anta.InshaAllah.Jangan browse gambar-gambar yang tak senonoh dalam internet tu.Kalau ana dah jadi isteri anta,inshaAllah,ana akan deactivate kan account facebook ana tu.Cuma ana minta izin untuk berblogging,kerana hanya dengan cara ini,ana dapat ikut sunnah Nabi,melakukan kerja-kerja Nabi,walaupun tak macam tabligh,sekurang-kurangnya,ada secebis saham ana  untuk akhirat meggunakan teknologi masa kini.

Ana nak jugak my future husband ni seorang yang menjaga pandangan.Al-maklumlah,sekarang ni ramai wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang.Tanda-tanda umat akhir zaman.Jangan salahkan wanita tu,tapi,kalau berani,anta tegur je depan-depan,dengan cara yang terbaik.Niat dakwah dan tugas anta sebagai khalifah,kena tegur diorang jugak.Dan kalau orang yang bukan Islam tu,memang ramai yang sexy-mexy.Kalau anta dah terpandang sekali,jangan pandang lagi,tau!Pandangan pertama itu rezeki,pandangan kedua itu dah jadi dosa.Ingat tu!Nanti Allah soal kat akhirat.

Lagi satu,ana nak anta jaga percakapan elok-elok.Tak kisah la sama ada dengan kawan-kawan ke,parents ke,saudara mara,sepupu sepapat,dan sesape je lah yang anta jumpa untuk berkata-kata,jangan sesekali menggunakan perkataan yang tak senonoh.Mencarut!walaupun dengan niat nak bergurau,tau!Jaga tingkah laku.Untuk diri ana,InshaAllah ana akan jaga diri ana dengan sebaiknya,dan ana mintak sangat anta tegur je apa-apa kesalahan yang ana lakukan.Straight to the point!Jangan simpan-simpan tahu.Nanti syayathin akan menambahkan lagi luka di hati ana dan akan menjadi satu perkara yang tak baik kalau anta tak nak,atau tak berani nak tegur ana depan-depan.Nanti ana dapat dosa dalam diam.Allah tak redha akan hidup ana sepanjang-panjang anta kecil hati dengan ana.Anta nak ke isteri anta masuk neraka kerana tak dapat keredhaan Allah gara-gara anta tak berani nak cakap terang-terang untuk tegur kesalahan ana.Nauzubillahiminzalik.

Rasa-rasanya,dah terlebih banyak dah ana punya nota ni.Nota panjang sebagai peringatan buat anta,my future husband.Kalau dah akad nikah nanti,ana tukar nama panggilan buat anta.Ana akan panggil nama yang sangat special untuk anta.Nak tahu?hehe..tak boleh!Doakan jodoh kita dipertemukan di dunia ni,InshaAllah.Sebab,kalau ana dapat jadi seorang ibu di dunia ni,banyak pahala yang ana dapat kumpulkan berbanding dengan wanita yang belum berkahwin.Banyak sangat kelebihan-kelebihan wanita yang dah berkahwin ni.MashaAllah.Ana nak kejar semua tu sementara ana masih lagi diberi rezeki nafas nyawa,iman dan tenaga oleh ALLAH s.w.t.

Sesungguhnya wanita itu senang nak dapat pahala,senang jugak nak dapat dosa.Ana kena taat kepada Allah,Rasulullah,anta,dan parents ana.Ha..satu lagi,ana nak ingatkan,kalau anta inginkan cinta ana,cintailah Allah dan Rasulnya dulu.Cintailah ana kerana Allah.

Em..okeylah anta.Ana akhirkan tinta ana kali ni,dengan kata-kata terakhir,:
*maintain or upgrade our iman
*Cinta ana kepada anta adalah kerana Allah dan Rasulnya semata-mata,InshaAllah.Jika hilang Allah dan Rasul dalam diri anta,maka akan turut hilanglah cinta ana kepada anta.
*May ALLAH bless mukmin and mukminah
*May ALLAH be with us
*Barakallahufik!

ASSALAMUALAIKUM..

Sincerely from my heart,
ANA.

Comments

Popular Posts