SOLAT???


berbicara mengenai solat bukanlah suatu perkara yg mudah.tapi,secara basicnya,ramai yang tahu cara2 untuk solat.tapi,berapa percent antara kita yang tahu rahsia untuk khusyuk dalam solat.secara jujurnya,ana yang dhaif ni,cuba nak berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat dari Post Taaruf semalam.ada sedikit perkongsian yang disampaikan oleh Sis Ain Najwa dan jugak Ustazah Mazlina bt Ibrahim.

solat itu ada bnyk kelebihan.dari Sis Ain Najwa.antaranya,
  •  sumber kekuatan dan ketenangan jiwa.
  • berfungsi sebagai charger,lebih tenaga dengan kekhusyukan
  • kita akan rasa puas bila kita mengadu apa saja masalah kita dengan ALLAH berbanding mengadu dengan manusia.
  • mengajar kita fokus.bila kita mampu fokus dalam solat,kita akan mampu fokus dan perkara2 lain yang kita buat.
  • rasa ALLAH bersama dengan kita.
  • membawa keberkatan.





dari ustazah Mazlina pulak,:

  • pertama,kita kena kenal diri kita=hamba ALLAH
  • ingat segala kekurangan diri,so,kita kena bergantung kepada ALLAH
  • hakikat kita adalah muslim=nikmat yang paling besar.so?BERSYUKUR!
  • letaklah pandangan ALLAH dihadapan,bukan pandangan manusia
  • kenapa ALLAH suruh 'dirikanlah solat' tetapi bukan 'solatlah'?sebab dirkanlah solat itu merujuk kepada kesempurnaan segala perilaku ketika solat.
  • kalau tidak ALLAH jadikan neraka,ALLAh jadikan syurga je,tentu ramai orang tak nak solat.Bila ALLAh dah jadikan neraka,ramai orang yang solat kerana takutkan neraka.

  • berusahalah kita untuk menjadi orang yang solat bukan kerana syurga dan neraka,tetapi semata2 kerana keseronokan untuk bertemu dan berbicara dengan ALLAH=kerana ALLAH
  • kalau kita solat gunakan akal,kita akan rasa cepat penat dan bosan.tetapi kalau kita solat gunakan hati,rasa keseronokan itu tidak akan berkurang,tiada rasa bosan malah keseronokan yang berkali ganda akan datang merajai hati.jadi,kita akan rasa selalu nak solat.macam pasangan orang yang bercinta.
  • bagi Rasulullah s.a.w,solat adalah rehat.
  • ingatkan kawan2 yang liat nak solat.secara lemah lembut="jom solat"
  • ingat kan mereka,ingatkan diri kita juga.jangan cepat berputus asa.sekurang2nya,ingatkan mereka dan diri kita sebanyak 200x supaya melekat dalam otak dan hati(kata Dr Fadhilah Kamsah)
  • hakikat diri yang kita nak adalah=MUSLIM MUKMIN
  • sentiasa ingat akan hari KIAMAT

solatlah walau apa pun halangan.

dimana jua,solatlah.tiada kompromi.

sekian,wallahua'lam bissawab.

Comments

Popular Posts