tahajud...aka...qiamullail

hm,,
ana nak kongsi sikit tentang tahajud ni sikit hari ni.
cakap pasal tahajud,ramai orang fikir macam tak mampu nak buat,rasa malas,rasa macam membuang masa.yelah,time tahajud tu ialah masa yang orang cakap dah sampai peak time orang tengah berehat.tidur sepuas2nya.esoknya nanti nak kena pergi sekolah la,nak kerja la,nak pergi kuliah la,dan macam2 lagi urusan dunia yang perlu diuruskan.ramai yang fikir tahajud ni macam tak ada apa2.macam solat sunat biasa jugak.


tapi,bagi orang yang mengetahui rahsia di sebalik tahajud ni,mashaAllah..mereka berebut2,berlumba2 nak bangun tahajud.kalau sehari terlepas tahajud,terlajak tidur ke,rasa macam satu kerugian yang amat besar.hari yang akan dilaluinya pada hari itu seakan2 hilang keseronokan dan tiada keceriaan kerana tertinggal tahajud.

mengapa boleh jadi macam tu?

kerana mereka telah merasai ketenangan,keseronokan,kegembiraan,kepuasan ketika bangun tahajud.sungguh,tahajud itu indah.ketika nak bangun dari katil, memang sangatlah susah.tapi,berbekalkan kudrat yang dikurniakan ALLAH,digagahi juga hati untuk menghantarkan arahan kepada sel2 otak supaya menggerakkan anggota badan supaya bangkit dari tilam yang empuk.keluar dari selubungan selimut yang telah diubahsuaikan oleh syaitan supaya memberi keselesaan kepada insan yang sedang nyenyak tidur.

dengan lafaz doa bangkit dari tidur,berwuduk,maka,terlerailah satu per satu ikatan dan belenggu syaitan kepada manusia.ini menunjukkan bukan mudah untuk bangun dari tidur yang nyenyak,sejurusnya menunaikan solat tahajud pada 1/3 malam.

namun,susah2 dahulu,senang2 oleh kemudian.selepas melalui kesusahan untuk bangun dari tidur,berjumpalah kita dengan kesenangan,keindahan,keseronokan tahajud.mashaAllah,hebat sekali keasyikan solat tahajud ni.kita boleh berbicara apa saja dengan ALLAH.meratap,merayu ,menangis,memohon ampun dan taubat,mengadu.dengan keyakinan yang sebenar2nya,ALLAH sedang mendengar luahan hati kita,sedang mendengar bicara kita.sama ada dalam hati,mahupun dilafazkan dengan lisan.satu kepuasan yang teramat jika kita dapat melepaskan segala2 isi hati kita.

tatkala di malam yang hening,ketika orang lain sedang nyenyak tidur,suasana 1/3 malam itu begitu tenang.dalam apa saja cuaca,meskipun hujan,namun hujan pada waktu itu adalah berbeza.hujan yang menimbulkan rasa tenang ,segar,dan seronok.mashaALLAH.sungguh indah~
seronok!sebab tu ramai orang2 yang rapat dengan ALLAH,tidak akan pernah meninggalkan tahajudnya.Fadhilatnya amat besar,yang kita sendiri belum dapat tahu sepenuhnya,sehinggalah di hari Hisab kelak.Rasulullah s.a.w pun ingin mewajibkan solat tahajud ini,jika tidak membebankan umatnya.malah,ALLAH s.w.t juga telah berfirman dalam al-Quran,banyak kali tentang berjaga malam,bertahajud.

lets explore the beauty of Qiamullail!

Comments

Popular Posts