****[~BILA BERBICARA TENTANG CINTA~]****

cinta tak lari dengan remaja.(ayat tak tahan)~
rasa seronok bila dicintai..(hahaha)
adoiyai~(lapar bila cakap pasal pasal cinta)
tak pe la..
ana pergi makan dulu~(huahuahua)


okey sambung..balik..
tak tahu la nak cakap ape.~


Bila ana baca blog seorang blogger islamic ni,ana rasa nak tulis something je kat blog ni.Tapi,kekurangan idea.
Okey.
Bila kita rasa suka kat seseorang ni,kita rasa macam dah jadi orang gila.Asyik-asyik sebut nama dia,cerita pasal dia,kita buat ape yang dia suka buat,kita suka apa yang dia suka.Macam dah fanatik.Otak dah tak mampu nak mengawal perbuatan yang berasaskan hati.


Otak kata,jangan cakap pasal dia hari-hari,malu la..
Hati kata,nak cakap jugak.
Wahai mulut,cerita lah tentang dia.Luahkan kepada sesiapa yang sudi mendengar.
Wahai tangan,buat la,ikut la apa yang dia suka buat.
Wahai otak,ingatlah dia selalu.Nescaya dia akan ingat kau jugak.


MENGARUT!


Tapi,itulah yang selalu berlaku bila orang sedang leka bercinta.Asasnya,hati.Kalau hati tak bersih,mana boleh otak nak control.Analoginya macam Ali nak bawa orang gila ke kenduri kahwin.Mana boleh.Nak control macamane.Melainkan kalau orang gila itu mendengar kata,maka barulah Ali boleh bawak dia ke kenduri dan ajak dia makan makanan yang baik-baik dan sedap-sedap.


Maka,ketika itu yang diketepikan adalah Pemilik Cinta Sejati dan Abadi.Mengabaikan Dia yang mencintai kita dan mengejar cinta dia.(bombastik sangat ke ayat ni??)


Nah!!


Rasalah malu pada Dia yang Sentiasa Memerhati lagi Mengetahui segala isi hati.Dia itu cemburu.Jika Dia cemburu,yang paling kita takut ialah Dia Berkuasa menghilangkan rasa dalam hati kita.
Sensitivity.
Instinct.


Bila hilang rasa itu,maka hidup kita seperti tiada panduan.Tiada peluang untuk menyelamatkan diri.Tiada siapa yang mampu membantu kita ketika kita keseorangan.Tiada rasa was-was atau syak wasangka kepada marabahaya.


Sebenarnya,malang itu berbau.
Tetapi ,
kerana sudah hilang rasa,
maka malang itu tidak berbau.

Comments

Popular Posts