MUJURLAH...

Mujurlah..


Wanita yang tidak solehah mencintai lelaki soleh..
Bila wanita menghantar mesej bertanya khabar
Dia tidak membalasnya
Jika wanita itu mengajak bergurau
Dia tidak mentertawakan gurauan itu
Bila wanita itu menyatakan rasa suka dan cinta
Dia tidak membalasnya
Bila wanita itu sering ingin mencuba untuk berbual bicara dengannya
Tentang hal yang remeh temeh
Dia menghindarkannya
Bila wanita itu meminta untuk jadi pasangan kekasih
Dia menolaknya
Mengingatkan kepada wanita itu
Tentang janji-janji Allah.
Namun,
Bila wanita itu memerlukannya 
Dia sentiasa bersedia untuk membantu
Dan bantuannya sekadar yang diperlukan oleh wanita itu
Tidak lebih dari itu.


Mujurlah...


Kerana,
Jika dia membalas mesej bertanya khabar dari wanita itu,
Wanita itu akan berasa sangat riang gembira kerana lelaki itu sudi membalasnya.
Jika dia mentertawakan jenaka yang dibuat oleh wanita itu,
Sudah tentu wanita itu berasa gembira.
Dan wanita itu akan bergurau lagi supaya lelaki tu tertawa lagi.
Bila wanita itu mengatakan rasa suka dan cinta kepada lelaki,
Jika lelaki itu membalasnya,
Sudah tentu akan wujud perasaan bahagia yang sementara
Rasa suka bila dicintai oleh orang yang disukai.
Muncullah satu ikatan yang dinamakan pasangan kekasih atau couple
Maka,diperbuatlah oleh mereka sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t


Mujurlah..
Lelaki itu menolak untuk membalas mesej bertanya khabar,
Maka tiadalah rasa seronok dan gembira wanita itu.
Lelaki itu tidak tertawa dan melayan gurauan wanita itu,
Maka tiadalah wanita itu seronok dan menghentikan gurauannya.
Lelaki itu menolak untuk berbual kosong dengan wanita itu.
Maka tiadalah wanita itu mampu untuk membicarakan hal yang remeh temeh
Terbatallah usahanya untuk memikat lelaki tu
Lelaki itu menolak cinta wanita itu
Dan mengingatkan wanita itu kepada cinta Allah.
Terhindarlah kedua-duanya dari berbuat dosa kepada Allah.
Namun,
ketika wanita itu dalam kecemasan dan keadaan yang amat memerlukan bantuan,
lelaki itu segera datang dan memberikan bantuan.
cukup!
cukup sekadar bantuan.semata-mata bantuan dan lelaki tu beredar.
supaya wanita itu tidak terus mengharap~


Mujurlah lelaki itu benar-benar soleh...
Dan wanita itu terus berdoa dan berusaha mencari cinta Allah...





Comments

Popular Posts