AMAL KEBAJIKAN PADA 10 TERAKHIR RAMADHAN


 malam yang hening lagi indah..
10 akhir Ramadhan dikurniakan LAILATUL QADAR oleh ALLAH
apa kah usaha kita untuk nak dapat kan malam yang istimewa tu..
malam yang lebih baik dari 1000 bulan..
ke...buat derk je..tak de sel..
tak de sensitivity langsung pasal malam yang barakah ni..
kalau macam tu baik kita istighfar dan muhasabah diri balik
hati kita dah tak de la tu..
mintak kat ALLAH hati yang baru..
sempat lagi nak mintak kat Allah..dalam bulan RAMADHAN ni..
jom baca apa yang kita sepatutnya buat pada 10 malam yang special ni..

 


  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. 
  • Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”
  • .


*karya kopi n lekat dari blog ibnismail
yang ni dari otai..
banyakkan bersedekah tulang urat masing2..tolong2 la orang miskin dengan cara yang terbaik...bagi duit ke,tolong ringankan kerja ke..lagi2 nak raya ni,tolong2 la parents kita nak sediakan persiapan hari raya..buat dengan semangat Ramadhan,bukan dengan semangat nak raya..buat dengan niat kerana Allah sebagai ibadat di bulan Ramadhan..

kalau tengok2 orang tengah sediakan moreh dekat masjid ke,surau ke,pergi la sekali..tolong atuk2 tu kemaskan pinggan mangkuk ke,angkat kuih ke,buat air ke..patutnye semua tu kerja orang2 muda..ape barang kalau orang tua yang buat kerja,muda mudi ni pergi mana??takkan la atuk2 tu lagi kuat dari korang kot..tolong la diorang ...tak malu ke makan moreh yang atuk2 tu sediakan tapi korang duk lepak je kat tiang2,tebing2 masjid..ape barang bro...(cakap sebab tak puas hati dengan muda-mudi sekarang ni.tak tahu malu langsung.tahu makan tak tahu nak kemas pinggan mangkuk)

okeh..sekian saja dari otai..wassalam^_^

psssttt..(hari ni best sebab nak pg jumpa orang2 mualaf..huh..tak sabar rasanya nak tengok wajah2 saudara baru kita..)



Comments

Popular Posts