Cantik dan kurang cantik~
Selalu terfikir,adakah seorang perempuan itu selayaknya memiliki seorang lelaki yang soleh walaupun dirinya belum lagi cukup solehah?Seorang wanita yang tidak mempunyai paras rupa yang cantik,sehingga mampu untuk menarik perhatian mana-mana lelaki.Selalu wanita-wanita yang cantik diberi pujian.Walhal,seorang wanita yang cantik mampu menarik cinta seorang lelaki walaupun pada dasarnya wanita itu adalah seorang yang miskin.Wanita cantik juga mampu memiliki cinta seorang lelaki walaupun sikapnya kasar sekali.Wanita yang cantik sering kali mempunyai pelbagai kelebihan yang tidak dimiliki oleh wanita yang kurang cantik.Walaupun seorang wanita itu mempunyai akal yang cerdas,namun,kerana kurang cantik,dia tidak mampu memiliki cinta lelaki.Wanita yang cantik,kata-katanya sering kali diterima seadanya,tingkah lakunya sering kali menjadi perhatian,setiap kesalahan yang kecil atai besar pun,mudah dimaafkan.Tetapi,wanita yang kurangcantik,seringkali diperbodohkan dan diperlekehkan.Apa saja kata-kata dan pandangannya mudah disalah ertikan.Setiap keikhlasannya dijadikan perkara mainan.Mana mungkin dia diberikan perhatian sekiranya wanita yang cantik berada di sebelahnya.Wanita yang tak cantik sering kali tidak mendapat peluang yang selalu dimiliki oleh wanita yang cantik.Lelaki yang soleh pun akan cari wanita yang cantik.Jika wanita itu tidak solehah,dia akan berusaha mengubahnya kerana kelebihan kecantikkan yang dimilikinya.Berbeza dengan wanita yang tidak cantik.Sekiranya dia tidak cukup solehah,sukar sekali untuk mencari insan yang bernama lelaki soleh yang ingin mengubah hidupnya.Realiti kehidupan,kebanyakkan manusia lebih mementingkan rupa paras untuk mencari calon isteri berbanding dengan agama.Walhal,perkara-perkara yang penting seperti akhlak,keturunan dan kekayaan juga akan diketepikan sekiranya wanita itu cukup cantik.
Cantik itu subjektif.Cantik juga adalah objektif.
Comments
Post a Comment