Hati dan Nafsu

Wahai Hati
kuatkan lah diri mu
jangan kau mudah terpedaya dengan Nafsu
yang selalu mengajak engkau ke arah kejahatan

Wahai Hati
selalu Nafsu itu melampaui batasan
membisikan sesuatu yang tak sewajarnya engkau lakukan
janganlah wahai Hati
engkau terpedaya dengan pujukan Nafsu
dia sangat kejam dan boleh membunuh 
jangan kau biarkan Nafsu bermaharajalela dalam diri
engkau adalah Sultan
jangan biarkan Nafsu merampas tahtamu
jangan kau lantik Nafsu menjadi Penasihat 
kerana Nafsu
bisa menjatuhkan engkau
merampas tahta mu
jika engkau leka 
dan mengabaikan Iman dan Islam
untuk mengikut kata Nafsu


Wahai Hati
engkau begitu penting
dunia dan akhirat
janganlah kau biarkan dirimu
dicampakkan ke dalam neraka kerana Nafsu
kerana Nafsu bisa meruntuhkan segala apa amal kebaikan
Jika dia tidak engkau didik
untuk mentaati perintahmu


jadi,
wahai hati
didiklah Nafsu
sesungguhnya ada diantara Nafsu-Nafsu itu
adalah golongan yang baik
perintahkanlah Nafsu yang baik
untuk mengawal Nafsu yang jahat
lantiklah penasihatmu
dari kalangan Nafsu yang baik..
kerana Diri mu Begitu Berharga!

Comments

Post a Comment

Popular Posts