KERJA LAST MINIT
Peringatan ni buat otai dan juga semua pembaca yang bertuah yang telah berjaya membuka blog otai yang tak seberapa ni..
Ingatlah,kerja last minit memang menyusahkan orang lain dan jugak diri sendiri.
Tapi yang bestnya bila biat kerja last minit ni,kita akan buat bersungguh-sungguh sebab matlamat kita nak siapkan hari tu jugak.
Tapi,kalau kita buat kerja bergroup,dan kita ada group yang best,biat kerja last minit pun tak pe sebab kita yakin akan kemampuankorang satu group untuk nak settlekan kerja tu dalam masa satu hari.
Adalah satu pengalaman yang sangat best bilak kita boleh bekerjasama dengan ahli group korang sambil kelam kabut nak siapkan kerja tersebut.dengan secara yang tak disedari semua orang akan bagi kerjasama 100 percent!
Sebab semua orang pun cuak kerja tak siap lagi,betul tak?
Besides,kita jugak akan rasa ukhwah antara kita menjadi sangat rapat sebab masing-masing memerlukan pertolongan antara satu sama lain.(ikut pengalaman otai la)
Selain itu,korang jugak tak akan mengambil masa yang banyak untuk nak buat sesuatu kerja tu sebab kita akan rasa tak da masa langsung dah nak siapkan kerja tersebut.berbanding bila kita buat kerja awal-awal,kita akan rasa sangat selesa sebab kita rasa ada banyak masa lagi.
Lalu,kita akan buat kerja dengan berlengah-lengah dan dengan sesuka hati serta kurang fokus dan jugak main-main sebab kita rasa ada banyak masa lagi.Nanti-nanti edit la balik.
In contrast with kerja last minit,kita akan rasa masa tu sangat penting dan tak boleh nak dibuang langsung walaupun seminit.jadi,kerja yang kita akan buat akan terus dibuat dengan sebaik-baiknya sebab kita tahu yang masa dah tak cukup untuk nak main edit-edit.
Otai cakap berdasarkan pengalaman yang otai rasakan sangat la seronok.
Cuma,jangan la amal kan kerja last minit ni.Lagi banyak keburukan daripada kebaikan sebenarnya.Otai cuma nak cakap,kerja last minit ni pun ada kebaikannya disebalik keburukannya yang menimbun!
Kerja akan jadi kurang sempurna dan terpaksa korbankan masa dan tenaga lebih sedikit berbanding orang yang buat kerja awal-awal minit ...hehe..jangan amalkan ye kerja last minit!
Sekian saja pelajaran untuk hari ni murid-murid.Dismiss!
Comments
Post a Comment