MUHASABAH DIRI BILA TENGOK MOVIE/DRAMA

ehem..nak berbicara..

dalam keadaan mood yang tak berapa nak ada ni, I nak citer sikit pasal cerita KOREA.drama2 Korea ni,I layan la jugak.Kadang-kadang sampai dah ter addicted.tak boleh nak stop.kalau tengok drama ke,movie ke,ape2 je la jenis video bergambar tentang sesuatu cerita,mesti nak tahu ending dia sampai habis.tak kisah la..by hook or by crook.whatever!

just wanna share something.Kadang 2,atau pun selalunya,kita akan suka buat benda yang tak berapa nak berfaedah sangat.nak menghiburkan hati dengan cara sekularisme.nak tengok cerita ke,drama ke..memang tak dinafikan,ana just a human being like u.so,i cant escape from normal human's life.I will never be surprised when gurl yang tudung labuh pun minat nak tengok citer2 KOREA ke,romance story ke.sebab semua orang manusia yang ada kelemahan dan kekurangan masing2..no wonder la,,yang I nak cakap kat sini,main point nye ialah,apa kata kita relatekan cerita yang kita tengok tu dengan amal ibadat kita.kita manipulasikan hati,otak,jiwa dan raga kita untuk melakukan amal ibadah.iaitu dengan MUHASABAH..

contohnya,I tengok cerita KOREA .Jalan ceritanya sangat sweet dan best.ramai manusia dah ter addicted dengan cerita korea ni.dari segi kualiti lakonannya,jalan cerita,hero dan heroinnya yang hensem dan cute,boleh menyebabkan tak kira jantina dan peringkat umur akan suka tengok citer korea ni..walaupun bukan semua orang yang suka..

jadi,dengan kelebihan ni,kita gunakan untuk  muhasabah diri kita..camni:
1.bila kita tengok hero dan heroin bercinta,kita fikirkan hubungan cinta kita dengan ALLAH pulak.adakah se'sweet' itu?adakah kita bercouple dengan ALLAH se'indah' itu?jawapannya,kita sendiri yang akan jawab.Sesungguhnya,romantik itu ciptaan ALLAH.jadi,Allah lagi romantik dengan kita kalau kita dekat denganNYA dan menjadi hamba yang cinta kepadaNYA.banding kan romantik Allah dengan hero heroin cerita Korea tu..jauh berbeza.ALLAH yang MAHA romantik..

romantiknya ALLAH kerana
* Dia ingin berdating dengan kita 5 kali sehari.Supaya kita tahu yang Dia menyayangi kita.
*Dia memanggil kita di malah hari untuk berdua2an denganNYA tanpa ada gangguan bunyi dan orang lain dengan tahajud,
*Dia mendengar setipa detik hati kita,dan menyampaikan hajat yang kadang2 kita sediri tak berani nak luahkan kat orang lain.
*Dia mengurniakan KITAB CINTA trtulis petunjuk sbg panduan jika kita kesesatan,penenang hati ketika kita berduka lara,pengubat kerinduan ketika kita sedang menderita kerana rindu dan segala-galanya.LENGKAP!
*Dia menurunkan Rasul supaya kita diberi petunjuk dan peringatan yang lebih jelas.Juga sebagai rahmat untuk seluruh alam.untuk kebaikan hambaNya semata-mata.

2.Bila kita tengok pasangan bercinta dalam movie,macam mana susahnya nak melalui liku2 kehidupan sehinggalah mendapat kebahagiaan .kita fikirkan cinta kita dengan Allah.Bukan mudah nak meraih bahagia nya bercinta dengan Allah jika kita tidak di uji dengan ujian yang kadang2 kita rasa dah tak tertanggung.Allah  menguji hambaNya yang dicintai supaya hambaNya membuktikan kebenaran dan kualiti cinta kepadaNya.mana mungkin cinta kita kepada Allah akan benar2 terbukti jika tidak di uji.Dengan ujian,kita dapat mengetahui sejauh mana cinta kita kepada ALLAH.

3.Bila kita tengok hero/heroin yang hensem dan cantik dalam movie,kita fikirkan ..Siapakah yang menciptakan hero/heroin tu..siapakah yang menciptakan manusia yang se hensem dan se cantik itu?
tak lain dan tak bukan adalah Allah s.w.t.maka,kita kaitkan dengan keindahan ciptaan Allah.Jika Allah mampu menciptakan alam yang sebegini indah,manusia yang sebegitu kacak,membuktikan yang ALLAH itu MAHA INDAH..MAHA CANTIK..muhasabah kan diri .apabila melihat sesuatu yang cantik atau pun apa sahaja yang indah,pujilah ALLAH..kerana Dia lebih berhak untuk dipuji sebagai Pencipta segala apa yang indah-indah di dunia ini..


4.Bila kita rasa seronok tengok pasangan yang bercinta,kita hadirkan rasa seronok bercinta itu kepada ALLAH..luahkan dalam hati..rasa kan dengan sebenar2nya,..hadirkan rasa romantik bila mengingati dan beribadat kepada ALLAH.rasa seronok bila melakukan amal ibadat.sepertimana kita seronok menonton cerita korea,kita aplikasikan dalam cinta kita kepada ALLAH.malah,lebih lagi..

jadi,sebagai intihanya,kita perlu la memanipulasikan otak dan minda serta hati kita untuk sentiasa mengingat ALLAH..apa sahaja yang kita lakukan kerana ALLAH akan dikira sebagai ibadat..manipulasikan ketagihan cerita or drama KOREA menjadi sesuatu yang berguna dan mampu memberi sedikit sebanyak kesan baik kepada diri kita..jangan tengok citer korea,pastu berangan2terlebih..dah habis tengok,dah..pastu muhasabah diri.apa yang kita dapat dari cerita tu.apa yang boleh kita implementkan dalam diri menjadi satu kebaikan.okeh??


sebab,bila dah teraddict,memang susah nak tinggalkan.


sekian sahaja dari I~

Comments

Popular Posts