AKU TAK LAYAK
Sungguh!Aku memang tak layak.
Aku tak layak mengimpikan seorang mujahid soleh.
Apa yang aku ada tak mencukupi untuk mengimpikan insan yang soleh sebegitu sebagai peneman hidup ku.
Sedangkan aku mengimpikan seorang insan yang sangat menjaga solatnya.
Namun,aku bukanlah seorang yang cukup sempurna dalam ibadah solat.
Aku inginkan seorang mujahid agama,tapi aku bukanlah seorang mujahidah.
Aku sendiri tak mampu mengawal diri aku sendiri.
Aku tak mampu berjihad untuk diri sendiri,inikan pula untuk agama.
Aku mengimpikan seorang yang bijak dalam agama,sedangkan aku sendiri tidak mencari ilmu agama dengan bersungguh-sungguh.
Aku mengimpikan seorang yang menjaga ikhtilat sedangkan aku sendiri kurang menjaga ikhtilat.
Aku mengimpikan seorang yang mempunyai ilmu dunia,cerdik pandai lebih2 lagi dalam ilmu akhirat.
Tetapi aku bukanlah seorang yang bersungguh-sungguh mencari ilmu.
Aku mengimpikan seorang mukmin yang menjaga pandangannya kepada ajnabi,sedangkan aku sendiri tidak menjaga pandangan.
Aku mengimpikan seorang hafiz al-Quran,tetapi aku bukanlah seorang hafizah.
Aku menginginkan seorang yang baik akhlaknya sedangkan aku bukanlah wanita yang berakhlak mulia.
Aku menyukai orang yang wajahnya sentiasa tenang dan mudah tersenyum,sedangkan aku bukanlah orang yang begitu.
Aku mengimpikan seseorang yang menjaga solat tahajudnya,sedangkan aku tidak istiqamah dalam qiamullail.
Aku inginkan seorang pendakwah yang rela nyawanya dikorbankan kerana agama,sedangkan aku sendiri masih lagi takut untuk syahid dalam agama.
Aku inginkan insan yang mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupannya sedangkan aku bukanlah wanita sehebat Khadijah.
maka,aku berkeputusan.Sesungguhnya aku tak layak untuk insan yang seperti ini.Aku juga tak layak mengimpikan apa2 jua yang berkaitan dengannya selagi aku masih lagi aku sekarang ni.
dan
sememangnya,
AKU TAK LAYAK!
kita sebagai manusia biasa memang tidak sempurna, tapi selagi roh masih dijasad, usahakanlah menjadi yang terbaik, solehah & disayangi Allah. Anda mampu! InsyaAllah..yakin & pasti! perempuan yang baik, untuk lelaki yg baik, itu janji Allah. Usahakanlah menjadi muslimah solehah terbaik! InsyaAllah, jodohmu pasti lelaki yg soleh juga!
ReplyDeletesyukran..amin:)
ReplyDeleteMasyaAllah...InsyaAllah tu che mah...ade yg menanti di luar sane...
ReplyDelete