CINTA SUBUH
Waktu Subuh itu selalu menjadi masalah kepada para pelajar macam aku. Rasa malas nak bangun Subuh awal,rasa tak nak mandi awal-awal,rasa nak tido balik lepas subuh dan jugak rasa nak sembahyang Subuh dinasour je.
Perkara sebegini tidak oleh dibiarkan berlarutan sama sekali.
Hal ini demikian kerana, perkara ini boleh menyebabkan :
1- otak anda berasa agak lembam.
*kalau dah jadi rutin harian,anda takkan perasan akan kehadiran 'lembam' otak anda.
2-badan akan berasa lesu, dan perasaan malas menyelubungi diri.
*tertakluk kepada tempoh masa dan waktu kita tido jugak.
3-sakit kepala.
*perkara ini berlaku kepada orang yang tertentu.sama ada tak cukup tido atau terlebih tido.
4-sakit belakang.
*terlebih tido jugak.
5-rezeki mahal
*yang ni wallahua'alam.sebab,Allah perintahkan malaikat turunkan rezeki pada waktu pagi. Jadi,sesiapa yang tido lagi tu,tak tahulah.(p/s: yang ni mak aku cakap)
tu je yang aku tahu menurut kajian aku.
Oleh yang demikian,aku nak ubah persepsi kita pada waktu subuh, seraya menanamkan rasa cinta akan Subuh.Inilah keindahan subuh,menurut kajian aku.
1-kedinginan embun pagi yang menyegarkan.sejuk. dapat rasa macamana perasaan orang luar negara pada musim salji,(walaupun tak da salji) time ni lah korang boleh pakai sweater tebal-tebal mcam orang korea tu.
2-udara yang segar dan sejuk digunakan untuk menagaktifkan respirasi sel-sel otak dan tubuh.temperature yang sesuai untuk permulaan hari yang indah.
3-bintang-bintang yang berkelip pada waktu subuh berbeza dengan pada waktu malam.lagi cantik!
4-aura kaler biru pada waktu subuh sama dengan frequency pada thyroid yang bertindak untuk memaksimumkan daya metabolism badan.bagus untuk nak dapatkan suara sedap jugak.
5-solat Subuh pada tepat waktunya,dalam keadaan gelap macam waktu subuh ,memudahkan untuk lagi khusyuk sebenarnya.cuba try.
6-kadang-kadang kita rasa,kita sorang je yang bangun subuh awal,tetapi hakikatnya,berjuta orang diseluruh dunia yang dah bangun lagi awal dari kita. ada orang siap tengah lunch lagi,time kita baru nak bangun Subuh.(ikut time zone. hehe)jadi,jangan jadi orang yang ketinggalan.
7-boleh selesaikan kerja yang tertangguh pada waktu ni.nak study pun,ilmu senang masuk.nak buat hafalan,tasmiq ke,time ni la paling best.sunyi je..
yang paling penting,mindset. cara kita berfikir dan persepsi kita pada waktu subuh mampu menggalakkan kita untuk bangun subuh awal-awal.istimewanya waktu subuh Allah yang lebih tahu.Ilmu aku cetek je.waktu Subuh pun pendek je. hanya orang-orang yang BERTUAH yang dapat merasa nikmat waktu subuh ni.
dan percayalah,orang yang bertuah itu ,pasti KITA!
tabikkkk..
ReplyDeletebangga ada orang yg jaga waktu solat subuh..
kalau kt Malaysia lagi dah rasa susah, kt oversea lagi la susah..
subuh tu dari jam 2~6 berbeza ikut musim..
kalau kt Malaysia dah cuak ngan sejuk, kt oversea lagi gila..
bayangkan amik wudhu waktu suhu luar bilik -4℃ camtu..
moga Allah bantu kita semua ntk jaga waktu solat~