HIDUP TIDAK DITENTUKAN OLEH KERJA


daripada tajuk,aku harap kau dah boleh faham.kerja kita,apa yang kita buat tak menentukan siapa kita.yang penting aku adalah aku.tiada siapa yang boleh ubah aku melainkan aku.tiada siapa yang lebih kenal aku melainkan aku.Cuma,kesalahan dan kesilapan aku,mungkin aku sendiri tak Nampak ,tapi orang sekeliling aku Nampak.perspektif orang lain terhadap kita adalah berbeza .jadi,kenapa nak fikirkan fikiran dan perspektif orang lain.janji  kita dah yakin dengan diri kita sendiri.asalkan apa yang kita buat tak bercanggah dengan agama.jadilah diri kita sendiri.penat nak berlakon sepanjang hidup.

berhentilah jadi orang lain.berhentilah dari mempunyai dua personaliti.cara kita bercakap dan bergaul dengan orang lain.jangan bezakan dengan kuantiti harta yang dia ada.tapi,bercakap dan bergaul mengikut kesesuaian dan kesopanan beragama dan berakhlak.Allah turunkan nabi pun sebab isu akhlak.tak kisahlah kita kerja apa pun,asalkan ada akhlak dan agama,kerja yang jahat pun boleh jadi baik.keputusan dan usaha ditangan  kita.Allah bagi tugas tu khas untuk aku dan kau yang bergelar manusia.

sekalipun dalam sirah terdahulu ada satu kisah berkisahkan seorang pemuda yang beriman ingin memilih kerja yang sesuai dengannya.pemuda itu meminta pandangan gurunya.lalu gurunya membuat kertas kecil-kecil dan menulis setiap pekerjaan diatas kertas tersebut.lalu,guru itu menyuruh pemuda itu memilih satu daripada kertas itu.kali yang pertama,lelaki itu mendapat kertas yang bertulis perompak.kemudian tertulis perompak untuk yang kedua.dan jugauntuk kertas yang ketiga.maka,guru itu merintahkan pemuda itu untuk mencari perompak.pemuda itu pun keluar dan mencari segerombolan perompak yang termashsyur dengan keganasan mereka.dia menawarkan diri untuk menyertai kumpulan perompak itu dengan syarat dia perlu membunuh seseorang mangsa untuk membuktikan kesetiaannya.sampai satu masa,kumpulan perompak itu berjumpa dengan kabilah arab yang dalam perjalanan pulanig dari berniaga.mereka merompak kabilah itu dan menangkap seorang lelaki dari kabilah itu.pemuda itu mengeluarkan pedangnya kononnya untuk membunuh lelaki itu.lantas,pemuda it uterus menghayunkan pedangnya kearah ketua perompak .maka,matilah ketua perompak itu,perompak-perompak lain  sangat takut kerana ketuanya telah mati dan mereka pun cabut lari. Maka,selamatlah nyawa lelaki itu dan juga barang-barang dagangan mereka daripada dirompak.begitulah ceritanya.apa yang perlu kita faham,kerja apa-apa pun,tak kisahlah doctor ke,peguam ke,arkitek ke,even mekanik pun,kena ada agama.kerja yang halal adalah wajib.tapi,apa yang kita buat tu bukanlah menentukan siapa kita,tapi kita lah yang menentukan siapa kita.dan soalnya,siapa kita?

Comments

Popular Posts