NASIHAT BUAT AKU

syurga itu indah,
nak dapatkannya bukan mudah,
perlu kuharungi  pelbagai mehnah,
perlu aku kuatkan imanku yang lemah,
perlu aku tanggung pelbagai amanah,
perlu aku bijak melayani pelbagai karenah,
perlu aku berakhlak hasanah.

neraka itu mengerikan,
doa aku,mohon dijauhkan,
70 kali ganda api dipanaskan,
sehelai rambut wanita diperlihatkan,
1000 tahun dimasukkan,
berganti daging,menambahkan kesakitan,

berhidangkan bara,
berminumkan nanah dan lava,
bertunggang terbalik,
dipanggang , digolek-golek,

disebat dengan rantai besi,
terus-terusan tanpa henti,
ditanya malaikat,
"apakah kamu tidak diberitahu tentang neraka ?"
kelu lidah,anggota menjawab,
''diberitahu,namun aku tidak percaya,''
"nah! lagi sebatan untukmu,hingga sampai perintah Allah!"


bukan niatku untuk menakut-nakutkan,
tetapi ini satu kebenaran,
bukan perkara yang boleh dibuat mainan,
bukan benda yang boleh dibuat gurauan,
bukan mimpi di siang hari,
tetapi satu perkara yang realiti,
akan berlaku kepada diri sendiri,
sesuatu yang pasti,
janji Ilahi,
pertemuan aku menghadap Ya Rabbi,
setelah malaikat maut menghentikan nadi.


Ya Allah,
aku tidak layak untuk syurgaMu,
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu,
syurga dan neraka itu milikMu,
amal soleh buat menagih simpati, belas kasihMu,
masuknya ke syurga bukan dengan amalku,
tetapi semata-mata dengan rahmatMu
Hanya Allah Cinta Ku Satu.

Comments

Popular Posts