CINTA ILMU
CINTA
ILMU
Hati
ini seringkali terasa lemah dan lesu .
Tidak
bersemangat untuk menuntut ilmu.
Apatah
lagi ilmu-ilmu keduniaan.
Ilmu
yang di luar
bidang agama.
Belajar
untuk ujian.
Habis
ujian, lupa.
Diri
ini sering merasakan betapa jahilnya aku tidak menggunakan segala
nikmat yang Allah kurniakan untuk menuntut ilmu.
Namun,masih
lagimahu berfoya-foya dengan hiburan, lagu-lagu yang tidak
mendatangkan faedah kepada aku sendiri.
Bukan
sedikit hiburan itu,malah berlebih – lebihan dari yang sepatutnya.
Hinggakan
diri ini merasakan tidak perlu aku belajar lagi.
Hiburan
itu cukup menyeronokkan walau nikmatnya hanya sebentar.
Hati
ini terlalu lemah dan lalai dari mengingati kematian yang semakin
hari menjengah jendela umur mudaku.
Bila-bila
dia mampu untuk masuk seperti tiupan angin yang tidak dapat aku
jangkakan bilakah datangnya hembusan angin yang benar-benar meragut
jantungku daripada berdenyut.
Kadangkala
terdetik di hati ini, bilakah aku mampu berpisah daripada hiburan
yang sentiasa menerjah kedalam mata telingaku sama ada aku sendiri
yang mencarinya, atau sekelilingku yang memaksa aku memasuki alam
keasyikan hiburan dunia.
Berlebih
–lebihan dalam hiburan menyebabkan aku hilang fokus untuk menuntut
ilmu.
Cinta
ilmu.
Aku perlu mencari sebab musabab yang
menyakinkan aku,yang memberi aku satu tolakan yang mampu memaksa aku
untuk menuntu ilmu tanpa kompromi lagi.
[Belajar
bukan untuk ujian,
tetapi
untuk pengetahuan]
Ilmu itu haruslah dengan
bacaan,fahaman,hafalan dan mampu untuk menceritakan dan memanfaatkan
kepada orang lain.
Mengapa aku mesti cinta ilmu?:
- Aku ingin mengisi dan menggunakan akal fikiran,otak yang waras ini dengan ilmu untuk dekat kepada Allah. Mungkin aku ini bukan belajar dalam bidang agama,namun aku mampu menguasai kedua-dua bidang ini, agama dan sains ,kerana kedua-duanya ilmu Allah dan berkait rapat untuk aku dekat dengan Allah. Doaku kepada Yang Maha Pemurah ,Allah Yang Maha Mengetahui sedangkan aku ini tidak mengetahui, kurniakan aku ilmu yang mendekatkan aku kepada Mu Ya Allah. Ilmu itu milikMu. Tiada yang mustahil bagi Mu jika Engkau kehendaki.
- Ingin medapatkan redha Allah dan janji Allah yang menyediakan syurga bagi orang-orang yang menuntut ilmu. Jika aku tidak mampu untuk beramal ibadat seperti orang yang dahulu,bersolat sehingga ribuan rakaat,ibadat yang hebat-hebat yang aku tidak mampu lakukan, maka dengan bekalan aku menuntut ilmu ini, ingin aku meminta belas kasihan Allah supaya menjauhkan aku daripada neraka akibat dosa-dosaku, dan memasukkan aku ke dalam syurgaNya , dengan secebis usahaku dalam menuntut ilmu kerana aku tidak yakin mampu menjejakkan kaki kananku kedalam syurga jika tidak dengan belas kasih rahmat dari Allah Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan dan Yang Memiliki Syurga dan Neraka.
- Aku ingin menjadi pemuda yang berguna kepada Agama .Pemuda yang bermanfaat untuk orang lain. Pemuda yang dijanjikan Allah syurga dan redhaNya. Menjalankan sesuatu yang diwajibkan kepada setiap muslim semaksima yang boleh.
- Supaya aku mampu membantu menjawab soalan rakan-rakan yang ditanyakan kepadaku. Aku mampu menyebarkan ilmu bukti kekuasaan Allah di muka bumi ini, mendekatkan manusia dengan Penciptanya. Menyedarkan manusia dengan kewujudan Yang Menjadiknnya, tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
- Aku ingin otakku kembali ceria dan riang ,terisi dengan ilmu-ilmu, mengecapi kembali saat kecilku ,begitu bersemangat dan rajin menuntut ilmu. Ingin tahu itu dan ini. Dan aku masih muda. Masih banyak yang aku tidak tahu. Masih banyak pengalaman yang aku belum kaut.
BANGKITLAH
AKU!
Comments
Post a Comment