NIQAB






AMARAN !
POST INI BUKAN BERKENAAN DENGAN PERBAHASAN ULAMA’.CUMA PERKARA YANG AKU RASA NAK SHARE .

Ceritanya,sedang aku duduk termenung melepaskan pandangan keluar cermin lutsinar,  dengan mata yang mengantuk dan kepenatan, kat dalam KTM (keretapi tanah melayu) yang tidak begitu ramai orang,on the way pulang ke rumah untuk bertemu dengann keluarga yang tercinta,terdengarlah perbualan seorang makcik india dengan seorang wanita berbangsa ala2 arab sikit.tak tahu la sama ada dia mix ke tidak sebab muka dia ala2 arab + omputih. Mak cik india tu cakap bahasa omputih dengan wanita tu. Diorang berborak dengan agak kuat sampai kedengaranlah ke telinga aku. Mula2 aku buat bodo je, tapi satu benda yang menarik perhatian aku adalah apabila dia borak pasal wanita Islam yang pakai niqab/purdah/hijab. Ala..yang tutup dari atas hidung sampai ke bawah dagu. Ada jugak yang tutup muka semua sekali. Yang tu aku tak tahu nama penuh dia ape.
Aunty india tu pakai saree dan aunty arab tu pakai baju t-shirt biasa . dua2 free hair.

(aku guna ‘aunty’ sebab perbualan berikut dalam bahasa omputih)

Agak2 macam ni lah dialog berikut;

Aunty india: bla..bla..bla...i really don’t like muslim women who cover their face. I’ve met them somewhere in Malaysia. Many of them cover their face. I really don’t like it. People don’t know who they are. And also difficult to recognize and talk to them. It’s really not good.

Aunty arab: owh yeah..but women in Arab, they wear it. But, when they enter the Mecca, they need to open it.
Aunty india: women in Arab maybe can be accepted because they may need the cover to prevent dust and sand from their faces. But here at Malaysia, I don’t think they no need to do that. We don’t have place like desert. I really don’t like it. Even I, as Hindus, when we enter our temple, need to open our scarf.

Aunty arab: yea..yea..in my family ,my father doesn’t push me to wear like that. It’s a freedom of choice.

Lebih kurang camtu lah..english aku bukan betul sangat.Then..bla..bla..bla..(eden tak ingek)bila makcik india tu kuar je dari train, aku mengucap panjang. Penat tahan sabar.tambah pulak telinga yang panas. Sampai hampir keluar percikan api...(eh..over la plak.)

Persoalannya adalah,bagaimana kita nak menjawab dan menghadapi situasi seperti itu. Aku yang duduk sebelah dia rasa panas je telinga. Muka merah padam nak tahan marah. Nak interrupt, tapi rasa kuang aja plak. Orang tua berborak, kan? Mana bleh tetiba menyampuk. Sebenarnya,aku tak kisah semua tu. Kalau aku rasa nak menyampuk, aku menyampuk je. Bukan sebab nak tunjuk yang aku ni cukup gangster nak menyampuk orang tua bercakap, tapi aku nak tegakkan hak dan maruah wanita islam yang berniqab,( walaupun aku belum lagi berniqab). Aku nak betulkan pandangan orang bukan islam dan jugak orang islam sendiri. Tapi tak boleh, sebab time tu aku tengah rasa marah melebihi dari rasa nak menyampaikan dakwah. Kang tak pasal-pasal aku bertumbuk jugak dengan makcik india tu.Ada jugak dulu jadi isu dalam family besar aku,(mak pak sedara ) bila cousin aku bawak bawak makwe dia yang pakai niqab,datang kenduri adik dia(cousin aku jgk). Jadi gaduh  bila cousin aku tu kena marah sekali dengan perli .Mana boleh bawak anak dara orang yang pakai niqab pergi kenduri. Abes tu? Yang tak pakai niqab bleh la? Jadi isu, bila orang pakai niqab pun bercouple. Ikut pakwe pergi kenduri. Budak pompuan tu datang dengan adik dengan kawan dia untuk ke kenduri.. Tak pasal2 jadi isu. Memey la kalau kita nampak orang yang pakai niqab ni macam baik betul. Macam baik sangat. Sebenarnya, pakai niqab ni ada sebab2 yang tertentu. Yang kita tak tahu. Dan bagi pendapat aku yang tak cukup ilmu pengetahuan  ni, aku rasa aku tahu la sikit-sikit, kenapa pompuan kena pakai niqab.

Jom aku try rungkaikan apa yang ada kat dalam kepala otak aku ni. Baca slow2 kalau nak senang paham.

Pakai niqab ni;

1)       Sebab ikut mazhab. Ada mazhab yang menyatakan wanita kena pakai niqab.

2)      Untuk menjaga pandangan mata sihir(AIN). Pandangan yang tajam, seorang lelaki ajnabi kepada perempuan ajnabi, disertakan dengan panahan syaitan. Straight je tepat kena pompuan tu ,menyebabkan rasa tarikan bernafsu. Begitu juga dari perempuan ajnabi kepada lelaki ajnabi. Ada jugak dengar citer,sihir ain ni bleh menyebabkan barah.wallahualam.


3)      Nak tunjuk baik. Ape? Tak boleh ke pompuan tu nak tunjuk baik? Atau ayat sopannya, supaya pompuan itu ingin dikenali sebagai orang yang baik2.Bukankah Allah yang suruh?

“ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-ahzab:59]



“Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.” [an-nisa’:125]

Ada sebab dia nak tunjuk baik. Mungkin tak betul pada niatnya, tapi betul pada amalnya. Nak jadi baik bukan senang. Kena tunjuk baik dulu.Walaupun pada pandangan mata kasarnya, kita pandang negative kat orang yang nak tunjuk baik. Sememangnya apa yang dia buat tu mestilah benda baik,sebu,baru boleh betul2 jadi baik. Kena paksa diri untuk jadi baik,walaupun hati tak nak. Nanti Allah akan pandang usaha tu dan jadikan hati kita benar-benar ikhlas nak jadi baik. Hati kita kan Allah yang punya...

4)      Sebab suami atau ayahnya yang suruh. Cemburu melihat lelaki lain memandang isterinya dan anaknya. Lelaki yang ada perasaan cemburu ini,(cemburu yang berpada-pada) sebenarnya ada perasaan sangat cinta. Betul-betul cinta. Itulah bukti cinta lelaki, dengan menjaga  isteri dan anaknya, dan memelihara mereka dari panasnya api neraka.

‘’Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [at-tahrim:6]

5)      Pemalu. Sebab tu la mereka tutup muka . sifat malunya tinggi. Even orang kafir pun,bila  diorang nak kawin, bride tu pakai veil. Contohnya orang kristian dan india. Orang melayu pulak,lagi la..tak boleh jumpa sebelum kawin sebab nak jaga seri muka la,tak manis la,bla...bla... So,kenapa jadi persoalan yang tak bleh pakai niqab. Bukan nak kawen je baru nak rasa malu-malu. Setiap hari pun kena malu. Pompuan kalau dah hilang rasa malu,memang parah la. Rosak.

Kalau tak da malu, orang tak panggil pompuan dah. Orang panggil betina. (Betina tu untuk binatang,yang memang kurang rasa malu. Tapi,kalau tengok kucing pun,ada rasa malu.kalau dia nak beranak,dia beranak kat tempat yang orang tak nampak. Sedar-sedar je,ada bunyi anak kucing..ikut pengalaman aku la..)

6)      Cantik sangat.jadi kontroversi bila orang cakap:

“Abes tu? Orang yang tak cantik tak payah la pakai niqab. “
“Kenapa ramai je pompuan yang tak cantik pakai niqab?”
“Entah2 sebab muka dia hodoh sangat,sebab tu pakai niqab.”

 Amboi..banyaknya cakap..Walaupun sebab yang ke-6 ini tak semuanya betul, kita lihat dari sudut yang lain. Bagi aku ,aku cakap, memang semua wanita yang berniqab itu cantik. Sebab benda yang cantik takkan dibiarkan terdedah. Hak cipta terpelihara. Kalau barang kemas kat kedai tu,ramai je orang yang tengok, ditutup dengan gelas kaca. Siap ada alarm lagi. Benda yang cantik,jadi tak cantik kalau selalu sangat dah tengok. Cuba tengok kawan korang yang sama jantina. cantik ke, hensem ke,tapi bila korang dah kawan rapat dengan dia, korang tak kan rasa dia tu cantik sangat dah macam korang first time jumpa dia. Pompuan yang berniqab,kalau tak cantik pun akan nampak cantik bila kita nampak dia bukak niqab. Rasa satu keajaiban atau satu keseronokan bila korang dapat tengok wajah disebalik niqab itu.Sebab manusia ini ada satu sifat yang dinamakan cepat bosan.

7)      Dipelihara rahsia dirinya. Tahu tak,dalam islam mahupun ilmu psikologi, ada satu ilmu mengenal sifat peibadi seseorang daripada bentuk wajah dan anggota badan. Dari muka pun,kita boleh tahu banyak rahsia peribadi tentang seseorang itu. Contohnya dari bentuk kening , kita dah boleh baca dia orang yang macam mana. Tapi,ilmu ini, kalau dalam Islam lebih terperinci. Dan susah nak dapat ilmu ini sebab dikhuatiri ramai orang yang salah guna. Sebab tu la jugak wanita ini disuruh memakai niqab. Supaya terpelihara segala rahsia wanita itu sendiri. 

8)      Elakkan fitnah. Kalau pompuan cantik,jalan kat tepi warung,tetiba ada suami orang terpandang muka dia, dan pandang lagi muka dia lama-lama,tak ke mengamuk isteri tersebut? Dah kena tuduh nak ngorat suami orang pulak dah...tak ke susah pompuan tu? Jalan mudah,tutup je muka tu kalau rasa muka kita ni cantik, sampai orang kalau terpandang sekali,rasa nak pandang lagi. Cuba try tanya kawan korang yang jujur sikit, kalau dia pandang muka korang, ada tak rasa nak pandang lagi..kalau ada,kena la pakai niqab..

(p/s: jangan tanya kawan korang yang agak-agak sengal tu,kang tak pasal2 kena bahan plak.. ^^,)

9)      Dapat elakkan dari penyakit berjangkit. Selsema yang pelbagai.Contohnya SARS (sindrom akut pernafasan teruk) ,yang tersebar ikut haluan udara. Ingat tak dulu,satu Malaysia kena pakai mask. Same jugak dengan influenza H1N1. Flu virus ni biasanya akan menyebarkan virusnya melalui udara. Bila orang yang kena penyakit tu bersin,akan mudah tersebar kat orang sekeliling. Dan satu kelebihan kepada orang yang pakai niqab ni, dia dah tak payah susah-susah nak pakai mask,sebab dia dah ada penutup hidung. Tapi,boleh je kalau dia nak pakai mask. Double protection!

10)   Ikut cara pakaian isteri-isteri Nabi. Contoh yang diketahui, Saidatina Aisyah memakai niqab. Kalau kita cinta Nabi,kita ikut cara isteri Nabi. Jadikan mereka contoh kita. Kerana, mereka adalah wanita yang paling dekat dengan Nabi. Mereka diajar dan dididik oleh Nabi untuk menjadi wanita yang terbaik, contoh buat muslimah sebagai umat Rasulullah dari kalangan perempuan. Kalau tak boleh nak ikut bulat-bulat peribadi mereka, sekurang-kurangnya kita ikut lah cara berpakaian. Niat kerana Allah,dah boleh dapat pahala.

(tips: kalau nak berubah, ubahlah penampilan dulu. Tak kisah la ekau  nak berubah jadi apo pun. Baru ekau boleh berubah dengan sepenuhnya.ala..macam citer super heroes (yang mengarut tu). SUPERMAN,SPIDERMAN,ULTRAMAN,BATMAN,CICAKMAN,IRONMAN,WALKMAN, sume MAN lah..diorang kalau nak bertukar, diorang akan tukar baju dulu,baru bleh jadi kuat (kononnye).tapi,dalam konteks nak ubah peribadi,kita ubah pakaian dulu,baru jadi bersemangat dan ada keberanian untuk berubah sepenuhnya.(p/s –Cuma THE HULK je yang tak tukar baju.sebab dia tukar kulit . kaler hijau..hehehe..)

Begitulah hendaknya apa yang aku dah perah dari otak yang Allah bagi ni. Ilmu dan idea yang aku dapat ni pun daripada Allah. Aku tak da apa-apa melainkan semuanya adalah hak Allah Yang Maha Bijaksana. Sebarang komen dan cadangan,nak bawak berbincang ke, tak setuju ke, tak da hala tuju ke, comment je kat bawah ni. InsyaAllah ,aku akan layan.

 ANDAI ADA TERKASAR BAHASA,TERSILAP TINTA,TYPING ERA,CHEQ MINTAK MAAF BANYAK-BANYAK NA..WALLAHUA’ALAM.





Comments

  1. salam.. nice entry.. tp sy nk tmbh skit boleyh? :), xsemestinya nk berubah, kene berbuah dr segi penampilan pakaian,, slow2.. tp xad salahnye kalau nk pakai, cuma, pada pemerhatian sy dan sahabat2 niqabis sy, kami pernh brbincang psal hal ini,, kerana, skrg ni, pemakaian ini mcm dah jadi trend..kesalahan sesetengah yg memakai purdah ni, meraka mengenakan celak yg tebal. maskara. n mcm2 yg membuatkn wajah mereka mnjadi trikan,, itu lagi berdosa,ad jge yg kata ingin berubah dgn memakai niqab, tp aurat yg wajib dijage masih tidak terjage. x semestinya nk berubah mnjadi baik, kene pakai niqab.. :)
    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. em..betul2..saya sokong..pakai celak,maskara,what so eva,saja nak show2 tu,dah jadi tabarruj kan??dah dapat dosa plak..dan kalau kita tengok pompuan pakai niqab tapi tak tutup aurat,memang la nak kena cepuk! main2kan agama dah tu..
    terima kasih atas komen awak.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Thank You and I have a super proposal: How Long Does House Renovation Take house renovation

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts