WANITA DAN DAKWAH
Sifat semula jadi yang lemah lembut menyebabkan manusia yang bergelar wanita ini dipandang lemah dan mudah ditindas. Tetapi,tahukah anda bahawa wanita adalah makhluk Allah yang paling kuat dan tabah. Meskipun sering ditindas,namun,wanita mampu bangkit semula hanya dengan berbekalkan hati yang dikurniakan Allah.
Kuat dan tabahnya wanita ini dapat dilihat dalam contoh ibu yang telah mengandung,melahirkan dan menjaga serta mendidik kita. Namun,wanita masa kini dilihat semakin lemah dan lemah. Malah ditindas dengan sesuka hati. Dihina,dijual beli,dilacurkan,diseksa dan dihamba abdikan oleh golongan yang tidak mengenal erti kasih sayang dan belas kasihan.
Dan apakah sebab terjadinya perkara ini? Lihat pada diri kita sendiri. Apakah tanggungjawab kita yang bergelar wanita yang berjaya, yang bernasib baik, yang dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayah dan rahmatnya,kepada wanita-wanita yang malang ini? Buka mata kepala dan mata hati kita. Dalam Islam,Allah dah naikkan darjat wanita.Apakah tanggungjawab kita sebagai wanita,yang juga dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai manusia untuk memegang amanah menjadi khalifah di muka bumi ini?
(amboih..cakap banyak pulak..straight to the point pleaseee.. =_=')
So,the point is, tanggungjawab kita untuk dakwah. Kita,saya dan awak, ada tanggungjawab untuk berdakwah. Ayat yang paling famous sebagai dalil untuk kita berdakwah ialah surah Al-'Asr,surah 103,ayat Makiyyah(1-3)
Terjemahannya,
Dengan Nama Allah Ynag Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
- Demi masa .
- Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
- Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.
Pada pendapat saya,wanita kalau nak jadi da'ie macam ahli-ahli tabligh,menjalankan dakwah dari rumah ke rumah,memang susah sedikit. Melainkan dengan keizinan suami,wanita solehah yang taat kepada suaminya,mereka tidak boleh untuk keluar rumah dan melakukan aktiviti dakwah seperti itu.
Jadi,apa yang boleh kita buat ialah:
1)usrah dan halaqah.
-usrah ni biasanya dalam kelompok yang lebih kecil daripada halaqah. Kira-kira 4-5 orang.duduk dalam keadaan yang selesa dan beradab,membincangkan perkara-perkara adab,akhlak islamiah,isu-isu semasa,dan berkongsi masalah peribadi dan apa-apa saja.lebih ringan lagi,saya sebutkan sebagai nasihat tentang hal-hal yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Dari sini kita boleh sampaikan dakwah kepada golongan kita yang sejenis,kawan-kawan yang rapat dengan kita,malah boleh membimbing adik-adik dengan cara yang paling rapat dan mudah.
2)geng borak ingat mati
-dengan cara kita berborak pun kita boleh berdakwah. Kita jumpa kawan-kawan , duduk-duduk santai, lepak-lepak, kita borak pasal amal dan perkara yang mengingatkan kita kepada kematian,yang membawa kepada kebaikan dunia akhirat,sampaikan ayat-ayat Allah yang kita tahu,berpesan dan nasihat-menasihati. Mungkin susah nak buat,tapi kalau dah cuba buat berkali-kali,lama-lama jadi terbiasa. Apa-apa juga yang bahan perbualan kita,even cerita pasal fesyen ke, study ke,kaitkan dengan Allah, kaitkan dengan akhirat. Cuba buat.Amacam? Ada berani?
3)blogging,vlogging,facebooking,twittering, etc.
-cara macam ni memang dah semakin berkembang. Walaupun tak tahu berapa ramai je yang nak baca bahan blog ni, kita buat jugak. Dakwah melalui tulisan. Perkara yang baik perlu disebarkan. Menggunakan social network sebagai medium dakwah. Bila update status mengarut-ngarut pun, pastikan ada mesej dakwah. Sekalipun dengan satu perkataan, “wallahualam”, “alhamdulillah” dan yang sewaktu dengannya.
Contoh update status mengarut yang masih tersirat dakwah.
-''Hari ni dpt makan nasik dengan telur goreng ditambah dengan kicap cap kipas udang. Sedap gilerrr ... Alhamdulillah...''
hah..senangkan?
4) berpersatuan
-sekarang ni banyak sangat persatuan yang begini. Masuklah mana-mana persatuan yang dirasakan benar dan betul objektif persatuan itu selari dengan Islam. Kalau boleh buat sedikit survey dan kajian tentang persatuan tu. Kalau baik untuk dunia dan akhirat, selari dengan al-Quran dan As-Sunnah, masuklah. Bab persatuan ini agak penting untuk supaya tidak terjebak dengan persatuan yang sesat dan menongkah akidah.
5)pakaian.
-ehem..walaupun nampak macam mudah,tetapi dengan berpakaian pun kita boleh berdakwah. Sebab dakwah tu memang mudah. Mudah dari segi berbagai cara yang kita boleh buat supaya perintah Allah dapat disampaikan. Dengan berpakaian bersih,kemas,menutup aurat dengan ciri-ciri yang diwajibkan bagi wanita dalam berpakaian iaitu longgar,tidak jarang,meutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan,melabuhkan tudung dibahagian dada,dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Walaupun nampak macam panas pakai tudung labuh,tapi sebenarnya tak panas kalau kita dah biasa pakai. Untuk dakwah, nak berfesyen tak salah asalkan aurat dijaga tepat. Bak kata Ustaz Don pakailah tudung jenis ape pun, style Hana Tajima ke, asalkan menutup aurat.
6)perbuatan
-the main thing about dai'e is about words. Tapi kita selalu terlupa tentang apa yang kita buat pun adalah dakwah. Mad'u (orang yang didakwah) memerhatikan apa yang kita buat. Bukan apa yang kita cakap saja. Like olders said, action speaks louder than words. Kadang – kadang, malah selalu, orang kalau nak terima apa yang kita cakap,dia akan tengok sama ada kita buat atau tidak perkara yang kita cakap tu. Orang takkan ikut apa yang kita cakap melainkan dia nampak kita buat. Mostly.
Contohnya, datang awal kalau ada janji temu dengan mad'u. Jangan kita pulak yang lambat,nanti kualiti dakwah kita akan terjejas.Walk the talk.
7)berdoa.
-doa adalah senjata orang mukmin. Dan doa kita tanpa pengetahuan saudara kita mudah dimakbulkan oleh Allah. Ni perkara betul. Nak cerita sikit. Hanya sekadar perkongsian ringan supaya kita semua boleh berdoa selalu untuk mad'u kita apatah lagi untuk sahabat. Masa pertama sekali saya dengar hadis tentang 'doa tanpa pengetahuan saudaranya akan dimakbulkan oleh Allah',saya ambil ringan dan kurang percaya. Bukan bermaksud saya tak percayakan hadis, cuma saya tak tahu pada masa tu sama ada hadis tersebut adalah hadis sahih atau hadis maudho'. Tapi atas kepercayaan 60%-40%,saya cuba doa untuk sahabat saya selepas solat. Saya tak doakan dia selalu.Yelah,saya ni insan biasa. Sifat selfish tu memang ada. Banyak doa untuk diri sendiri je. Kalau teringat baru doakan dia. Dan alhamdulillah apa yang saya hajatkan untuk dia tercapai. Perkara yang ditekankan di sini, adalah tentang doa untuk saudara lebih mudah Allah makbulkan berbanding doa untuk diri-sendiri je. Buatlah kalau tak percaya. Doa yang baik-baik tau.
em..tu je kut apa yang saya mampu fikir dan apa yang mampu keluar daripada kepala otak yang Allah bagi ni. Alhamdulillah, Allah bagi akal kepada kita untuk berfikir.
Ampuni hamba-Mu ya Allah .Andai ada apa-apa yang kutulis ini mempunyai kesalahan,betulkan hamba ya Allah.
Sila betulkan saya dan segala pendapat serta perkongsian idea anda adalah amat dialu-alukan.
Mari menjadi orang yang berfikir.
Wallahua'lam.
Assalamu'alaikum.. supposely medan siber ni jadi medan dakwah sebab sebaran yang senang sekali. Tapi banyak jugak yang menambah saham dosa, na'uzubillah.. sesame bloggers, boleh la same2 tegur..ye dak:)
ReplyDeletebtol2..memey lagu tu la patot nye..
ReplyDelete