KERANA AKU SEORANG HAMBA

kerana aku seorang hamba
apakah layak aku mendabik dada
tidak cukup pun ilmu ditimba
adakah ibadat akan diterima
jika niat tidak keranaNya
ditambah pula dengan sambil lewa

kerana aku seorang hamba
apa saja alasan untuk membela diri
tidak akan diterima tanpa bukti
soal menyoal di dalam kubur nanti
apakah aku akan sendiri
atau bersama amalan diri
adakah bersama yang baik atau yang keji?

kerana aku seorang hamba
aku hanya mampu berdoa
hanya mampu terus berusaha
bersabar dan bertahan dengan kehidupan dunia
berteguh hati dengan  ujianNya
mendidik nafsu yang keras kepala
tidak mampu menghitung dosa pahala
tidak kutahu amalan mana yang diterima


namun
aku yakin Allah Maha Kaya
aku optimis terhadap takdir Nya
kerana Allah menurut sangkaan hambaNya
dan aku hanya mengharap
terus menerus aku mengharap
ihsan dan keredhaaNya
kerana aku hanya seorang hamba..

Comments

Popular Posts