SIAPA KATA DOKTOR TAK DE LIFE?

Pengkajian yang aku buat melalui internet, untuk mengenali siapakah doktor yang begitu dikagumi.

1) Dr Abdel Aziz al-Rantissi

melalui sumber wikipedia, beliau merupakan seorang graduan dalam bidang perubatan kanak-kanak dan genetik. kehidupan beliau yang begitu mengagumkan,berkhidmat sebagai seorang pejuang agama yang begitu hebat,sebagai pemimpin Hamas,yang berjuang untuk negara Palestin menentang Israel. Disamping kerjaya beliau yang juga seorang ahli fizik, beliau mampu membahagikan masa untuk berbakti kepada agama dan memberi pengorbanan yang besar kepada Islam. Syahidnya beliau sebagai pejuang di jalan Allah setelah ditembak oleh tentera Israel ketika beliau di dalam kereta. Beliau sempat bersama anak-anaknya seminggu sebelum beliau menghembuskan nafas yan terakhir,pada tanggal 17 April 2004,hari Sabtu.(time tu saya baru berusia 11 tahun 1 hari)



2)Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj

Mungkin beliau inilah orang yang dimaksudkan.Em..memang hebat doktor ni. Nama panggilan yang comel seperti wajah beliau,dikenali sebagai Dr Har. Mempunyai blog sendiri. Seorang pakar perunding obsteriks dan ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.Silalah follow blog beliau.Kehidupan beliau sebagai seorang doktor wanita yang begitu prihatin tentang dunia semasa,bukan hanya semata-mata menjadi doktor. Melalui penulisan beliau,dapat kita kenali peribadi beliau sebagai seorang ibu yang penyayang,sebagai doktor yang berpandangan luas dalam hal-hal kewanitaan. Paling menarik hati saya untuk mengenali beliau ialah kerana beliau sering mengaitkan apa sahaja yang berlaku dan setiap penulisan beliau dengan Islam. Beserta dalil ayat Al-Quran. Hm..susah nak cari doktor yang macam ni,betul tak?

Comments

Popular Posts