Ini cinta ,katanya.

Aku hanya mampu berdoa..perjalanan hidupku masih jauh..denganizinAllah-
Aku masih lagi berharap akan dia...
Lalu aku letakkan kepercayaanku kepada Allah..andai dia jodohku,Allah pasti akan pertemukan kami...aku yakin itu..
Tapi,seandainya dia bukan jodohku...aku mohon Allah kuatkan hatiku supaya aku boleh menerima takdir itu dan melupakannya...

Wajahnya berseri..terpancar tenang nur iman di wajah..sentiasa senyum..berkata,berhujah dengan perkataan hikmah,di mindanya ada ilmu al-quran hafalannya,..itu yang paling berharga..orangnya cerdas cerdik pandai..ilmu dunia lebih lagi akhirat..santunnya bicara dengan sahabat handai..kadangkala gurauan lucu yang mencuit hati..disayangi keluarga..menjadi adik yang dimanjakan abang dan kakak.menajdi sahabat yang dikasihi,teman seperjuangan yang begitu setia..muslim cemerlang gamaknya...

Mungkin aku terlebih puji..masakan tidak..mataku seolah-olah melihat dia sangat sempurna..kata orang cinta itu buta..haha..aku tidak tahu..namun,aku melihat perkertinya..

Usahaku ternyata sia-sia..aku tak mampu mendekatinya walaupun aku berani kata suka..dia ibarat enggang denganku..aku malu..kerana aku seorang wanita..dan dia seorang mujahid medan agama..

Pernah aku cuba menjadi melukut..dan aku malu sendiri ...kata ayah..jangan gila bayang...ya, benar aku gila bayang..tapi gila bayang aku beserta dengan doa dan harapan kepada Allah..

Aku hanya mampu merindui dia dalam tangisan solatku...aku hanya mampu mengadu kepada Allah yang aku rindu..tapi aku takut, aku hanya berdosa kerana dia bukannya muhrim bagiku..aku malu untuk mengadu pada Allah..aku takut itu dosa..mungkin kerana khilafku tidak menundukkan pandangan mata..kan itu Allah dah pesan..jauhi zina hati juga..

Kadang-kadang aku berjaya melupakan dia..tapi aku mudah teringatkan dia semula..astaghfirullah..aku takut ianya berdosa..aku usaha..dan usaha lagi..aku luahkan supaya aku tidak tersimpan dalam kotak ingatanku..

Mengingat pertemuan pertama aku dengannya ialah di kem..di taman negara..sekilas pandangan..mataku terhenti padanya..dan aku terus ingin tahu namanya..itu hanyalah dari pandagan belakang dan aku masih belum melihat wajahnya depan-depan..keduanya,dia memberi tazkirah subuh yang ketika itu aku dah merancang untuk tidur..dia melemparkan handset nokia yang tahan lama ke arah kami yang sedang mendengar
...dan aku terkejut..hilang mengantuk dan terbantut rancangan aku untuk tidur time dia bagi tazkirah..nasib baik dia baling kat budak sebelah aku..mungkin jauh sikit..dan dia cakap,'handset ni murah,tapi saya ni mahal'..aku rasa dia nak buat lawak,tapi aku tak faham..haha..dalam mataku rabun,aku tak berapa nampak wajahnya..dan aku tak ambil kisah..kemudian,aku pergi satu taalim yang dia menjadi pembaca doa,kalau tak silap la..yang pasti dia duduk kat rostrem tu
..dia berjubah hitam,berkopiah putih..nampak sangat smart..dan aku jadi leka tengok dia..tapi time tu ,aku tak berapa nak ingat yang dia adalah orang yang aku usha masa kem..kali seterusnya,aku nampak dia masa tengah tunggu kawanku di kerusi berdekatan dengan pintu belakang hall ,untuk masuk dalam hall..time tu,tiba-tiba dia keluar dari hall melalui pintu tersebut sambil menjengah kepala dan keluar..mungkin ingin mencari seseorang,..dan hanya aku yang ada di situ..
Aku kenal la yang itu dia,dan macam biasa,aku buat tak kisah..pada satu ketika itu,aku lihat wajahnya begitu bercahaya,..yang peliknya,dia berada sangat jauh dari aku,dan aku duduk belakang..aku tak tahu macamana aku boleh perasan untuk tengok dia..seterusnya,aku jumpa dia sebelah dewan amf,dari jarak yang sangat dekat dalam 2 meter saja..dia lalu dihadapan aku..dan aku jadi kejang ketika itu..tak boleh nak bergerak..sampailah kawanku keluar dari tandas dan tegur aku..dia berjalan kearah kawannya sambil tersenyum..aku kaget..satu minggu aku jadi retarded..tak sangka aku boleh jadi macam tu..rasanya tak pernah sebelum ni macam tu...aku terlihat dia lepas aku keluar dari lha dengan jubah dan kopiah putihnya,waktu taaruf nak masuk degree,dan yang terbaru dalan masjid masa ada sedikit jamuan dari ustaz..tu je..aku bukan sekuliyyah dengan dia..aku tak pandai macam dia..dan itu buat aku rasa ghibtah dengan dia..aku berusaha nak jadi lebih baik dari dia..kira punya kira,sampai tarikh yang aku post ni,rasanya tujuh kali je aku terserempak dengan dia..sikit kan? Tapi macamana aku boleh suka?
Entah bagaimana...aku jarang sekali berjumpa apatah lagi bertembung dengannya ...melihat dari jarak jauh pun susah..tapi kenapa ya,aku mudah teringatkan dia..?mungkin tipu daya syaitan..ya Allah,jauhkan aku,selamatkan aku daripada tipu daya syaitan.

Aku selalu rasa terkilan seorang diri..pernah satu masa aku minta kakaknya ajarkan aku untuk jadi seorang muslimah solehah..aku confess dekat akak dia..aku tanya itu ini,dan akak dia tak reply pun..dan aku rasa sangat kecil hati..aku rasa diri aku sangat terhina dan tak layak untuk berkawan dengan akak dia sekalipun..aku menangis kecewa kerana aku expect sesuatu yang lebih dari kakaknya..lalu aku unfriend dia di fb..aku rasa sangat terkilan..dan aku menangis lagi..aku tahu aku ni cengeng..apa boleh buat,cengeng itulah aku..aku rasa rugi,tapi aku unfriend dia dengan niat aku ingin menjauhi dia,supaya aku boleh lupakan dia..sebelum itu,aku rasa sangat bahagia bila dia like status fb ku..gembira sangat sampai aku smack down roommate aku..gila kan?aku berdoa semoga aku boleh lupakan dia.biarlah dia menjadi memori aku sementara aku masih belajar..

Aku ingin mengambil ibrahnya aku berkenalan dengan dia..mungkin Allah ingin aku tahu bagaimana perasaan suka atau cinta kepada seseorang itu boleh menyebabkan dia jadi gila..banyak perkara yang tak masuk akal pun dia boleh buat kerana satu perasaan itu..maka,aku berfikir secara logik,aku ingin berikan,tanamkan,semaikan perasaan ini untuk Rasulullah s.a.w..aku ingin dapatkan perasaan cinta kepada baginda..aku ingin cintakan Allah dan Rasulullah..biarlah perasaan ini berbalas..aku tahu aku tak mungkin dapat balasan perasaan ini daripada dia kerana aku cuma gadis kampung yang gila bayang seperti kata ayahku..aku gadis kampung yang tak punyai peribadi seperti dia..dalam erti kata lain,aku tak layak bergandingan dengan dia,apatah lagi menjadi permaisuri rumah..aku berputus asa dengan perasaan dan logik akal ku...

Cuma,kekuatan aku ialah aku mengharap kepada Allah..aku takkan berputus asa dari rahmat Allah,aku takkan berputus harap dan usaha aku untuk terus berdoa..dengan taufiq dan hidayah Allah..aku mohon pada Mu , ya Allah..jodoh yang terbaik,dunia dan akhirat,insyaAllah...amin..



Comments

Popular Posts