Cukup-cukup sudah.

Sana pusing, dengar hebat.
Sini belok, orang berdebat.

Sana persoalkan tentang hukum tahlil dan talkin,
Sini persoalkan tentang perlu ke tidak pakai kain.

Tidak mengapa.
Bahas itu tidak salah.
Cumanya,
sampai bila mahu berbahas.
Sana menegakkan benang yang basah,
Sini cuba membasahkan benang yang tegak.

Sampai bila ?
Berapa lama lagi ?
Adakah tempoh tamat untuk henti?

wajarnya,
pada kita,
aku katakan pada aku ,
juga kau yang membaca,
hentikan berbahas perkara yang sudah dibahas.
tak perlukan kemenangan untuk itu,
sekadar melepaskan minda yang tersepit,
kemudian,
bebaskan perasaan ego mahu menang dalam debatmu.

kerana yang terutama dalam hidup ini adalah,
hati dan tindakan yang mampu untuk meraih redha Allah.

Comments

Popular Posts