Kau Sedih?

aku mendapat wasep daripada kawanku yang jauh di negeri orang. katanya dia sedih dan rindu pada Malaysia. dan yang paling menyedihkan, dia ingin balik ke Malaysia dan berhenti belajar di sana. stress katanya. ya..mungkin aku faham..mungkin juga aku tak berapa nak faham..hidup di negeri orang ni memang lain dan berbeza. bergantung kepada kita yang mengadaptasikan diri dengan keadaaan sekeliling.memang agak susah.
tapi,
yang lebih susah bagi dia ,ialah dia sentiasa merindukan sahabatnya dan cintanya. 
masalahnya,cinta dan sahabat itu terletak pada orang yang sama.
maka,menjadi masalah yang besar baginya,sama ada dia patut meletakkan cinta pada sahabatnya itu atau hanya menganggapnya sebagai kawan.
andai sahabatnya itu mempunyai orang lain ,adakah patut dia bersahabat lagi dengannya?


dan,sebagai fakta, sahabat mudah menjadi cinta,tetapi cinta sukar untuk menjadi sahabat.

andai kata cuba melupakan cintanya,adakah dia masih mampu bersahabat?

maka,sebagai solusinya,aku cuba cara macam ni:


  1. kalau kau rasa kau tak boleh nak bersahabat dengan cinta kau, maka hentikan.
  2. kalau kau rasa kau boleh menahan rasa cinta pada sahabat kau, maka teruskan.
kalau kau susah nak melupakan seeorang,kau rasa sedih yang terlampau,
cuba letakkan fikiran kau macam ni.

cuba kau fikir dan bayangkan. perkara ni bukan sahaja dalam imaginasi kau,malah ianya adalah realiti. bergantung kepada kau sama ada kau beriman teguh kepadanya atau tidak.

bayangkan,kalau lagi 3 minit ,kau tahu dan kau nampak malaikat maut akan menjalankan tugasnya terhadap kau.apa yang kau akan buat sekarang?
sempat ke kau nak fikir tentang cinta kau yang tak kesampaian?
sempat ke kau nak fikir tentang perasaan kau yang berbolak balik?sedih?kecewa?
bahkan,pada ketika ini,perasaan yang mana yang patut kau pilih?
malah,kau tak perlu pilih.perasaan sedih tadi akan bertukar menjadi takut.gerun teramat.melihat wajah malaikat maut meghampiri kau.setapak.demi setapak.menghampiri ubun-ubun kau. kemudian kau merasakan,kaki kau tak mampu nak bergerak.sedikit demi sedikit anggota tubuhmu menjadi kaku,dan tiba ke kerongkong kau menjadi sesak. dan apa yang kau akan fikirkan ketika itu?berbaloikah kau masih memikirkan kesedihan terhadap cinta kau sedangkan kau akan dijemput untuk bertemu dengan Allah sebentar sahaja lagi. pertemuan dengan Allah yang tiada u-turn.dan ketika ini,kau fikir,siapa yang patut kau cintai sebenarnya?



cinta itu lumrah manusia.hatta,Rasulullah juga bersedih atas kematian cintanya, Khadijah.
tapi,kau yang masih belum berkahwin,menitiskan air mata untuk cinta dunia,tidakkah kau rasa begitu membazir air mata itu?menangislah..tidak mengapa..
cuma
 berpada-pada..
manfaatkanlah.
manfaatkan air matamu..
jadikan ianya sumber pahala..
punca terpadamnya merah nyalaan api neraka..



Comments

Popular Posts