kenapa tak nak couple?

Assalamualaikum w.b.t.

well, lama rasanya tak bukak blog ni. yela. sekarang ni orang layan twitter 24 jam. nak bukak blog kat fon, lambat pulak loadingnye. so, byk info diberitahu kat twitter.

memandangkan hari ni valentine's day, yang aku sebagai muslim tak boleh sambut, tapi aku hormat agama lain yang sambut hari yang dikatakan sebagai hari kekasih .

ramai yang rasa sedih sebab tak da boyfriend or girlfriend yang boleh bagi hadiah , chocolate ad so ever. lagi bertambah la bilangan orang yang bercouple sebab jeles dengan kawan-kawan yang ada couple.

hmm..
hmm..

masalah sebenarnya..

bagi aku..bagi aku la kan..couple ni memang susah nak cakap tak boleh, or stopkan orang yang couple..bg orang yang tak da couple, senangla cakap jangan couple, couple tu haram and blabla..

tapi,

bg orang yang memang dari dulu couple, susah nak tinggalkan benda ni..ini soal hati..suka ,minat,jatuh cinta.

nak citernye, aku ni dulu dah pernah rasa macamana rasanya bila orang ajak couple, kita rasa suka kat orang,dan kita nak orang tu suka kat kita balik..

dan aku manusia..ada perasaan dan nafsu muda yang kalau boleh nak sangat couple,ada orang sayang kat kita, bg hadiah time birthday, cerita segala bentuk masalah, gurau senda..dan sewaktu dengannya..macam korang tengok cerita cinta drama melayu magrib-magrib tu..seronok kan??kan??


tapi,

aku tolak semua ni..nafsu kata nak, iman kata jangan..

bila aku fikir-fikir balik, apa munasabahnya aku tolak couple ni..

bleh je nak couple,asal tak pegang tangan..boleh je nak jumpa asal bukan berdua..boleh je nak call and text asalkan tak buat suara gedik dan ckp pasal bukan-bukan..tang mana dosanya??

maka aku kaji guna fikiran aku yang waras..

memang kau tak buat semua tu, tapi hati kau dah lari dari diri kau yang sebenar..
kau akan rindu kat dia, setiap masa makan ,tidur, dalam tandas, tengah sakit perut pun kau boleh ingat kat dia..apatah lagi time solat..betul tak?

hehe..jangan nafikan sebab aku pun pernah rasa semua tu..

couple ni boleh buat kau jauh dari Allah..cinta kau kat manusia secara yang belum sah menyebabkan kau sanggup lakukan apa saja untuk memenangi hati dia..otak kau tak akan waras bila datang cerita tentang dia..semua benda kau ak tahu,semua benda kalau boleh kau nak control..

dan aku dan fikiran aku yang masih waras ni berfikir lagi..

kalau kau couple,ape yang kau dapat? cinta yang kau rasakan tak cukup puas..dia belum lagi sah menjadi milik kau, dan sejurusnya kau akan jadi sisa bila dia tolak cinta kau yang suci tu..

bila bergaduh, kau akan rasa sedih gila sebab kau rasa macam dia dah tak suka kat kau lagi,.
tu yang jadi kes bunuh diri, kelar, dan macam-macam kes jenayah punca daripada couple ni..


fikir pulak dari segi hak..apa hak yang kau ada terhadap dia ? well, to be honest, you have nothing..no black and white written paper yang boleh kau bawak ke mahkamah kalau dia pukul kau atau tinggalkan kau..perasaan kau boleh dipermainkan..and you dont have any warranty on that matter.


dan aku tak kata aku tolak cinta..
cinta tu lumrah..
cintailah sesiapa yang kau mahu..
cuma aku tolak cinta yang boleh jauhkan hati dari Allah.
cinta yang tak halal.

lastly,
hargai diri..kau kena rasa diri kau ni berharga dan mahal..cinta dan perasaan kau bukan untuk dibuat main..sometimes, you feel that its just a joke to you, but not to others..appreciate the feeling that Allah has given to you..it is love.

keep that precious feeling for the very special one. you may not find it now..its worth a wait..
doa kat Allah banyak-banyak..jodoh itu ada..kalau tak kat dunia, kat akhirat nanti akan jumpa.

p/s: kau tak akan dapat satu perasaan cinta yang akan memuaskan hati kau bila kau abaikan cinta Allah pada kau. I can guarantee that.


salam sayang dari aku..
5lave.




Comments

Popular Posts