Sosial

dah lama dah aku nak cakap benda ni, tapi aku tak rasa semua orang setuju.

walaupun satu dunia ni tak setuju dengan aku, aku tetap dengan pendirian aku.

media sosial sangat melalaikan. lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

kebaikan:

boleh contact dengan kawan lama
boleh dakwah dengan orang
boleh chat tanpa wang
tahu maklumat terkini


keburukan:

semua benda peribadi orang kita tahu, dalam kain mahupun luar kain
segala perkara yang memalukan didedahkan dan di-share
bergosip tak tentu hala
asal post something, ada satu benda yang diharapkan.-like/favourite/RT/share
setiap kali duduk diam, fon ada kat tangan untuk nak check status sendiri,org lain,
jadi sibuk dengan kerja penyibuk sepenuh masa
kritik orang sana sini
komen itu ini, bash orang
sibuk memikirkan apa isu hangat dan trending
berlaku juga isu ujub,riak,dan takabur



walhal,

banyak lagi yang boleh dibuat ketika free time.

berzikir- senang je.hatta ingat Allah dalam hati pun dikira berzikir.

baca al-quran

bermuhasabah diri

menyambung silaturrahim

berziarah sahabat

berdakwah cara Rasulullah s.a.w. -pergi rumah ke rumah.





to be honest,

aku pernah dilalaikan dengan semua bentuk media sosial.

jadi aku tak nak la sahabat aku diluar sana lalai macam aku dulu.

hargai masa yang korang ada.

bukan boleh nak putar balik dah bumi ni..

kita berjalan menuju ke satu tujuan. AKHIRAT.

JANGAN LUPA!

salam sayang dari aku,
5lave.








Comments

Popular Posts