Bahtera Perkahwinan

Bahtera .
Kenapa guna perkataan bahtera? Kerana bahtera itu simbol suatu perjalanan yang sangat panjang. Perhentiannya tidak diketahui di mana, masanya tidak tahu bila sampainya..

Perkahwinan.
Bukan sekadar perkataan dalam kamus dewan bahasa sahaja. Bukan sekadar bualan mulut bagi para couple ala2 muslim,bukan sekadar matlamat hidup untuk cari bahagia.Tetapi perkataan ini penuh dengan sebakul tanggungjawab,disertai dengan satu set keluarga yang kita tak perna terfikir sebelumnya,kita akan tiba2 ada hubungan keluarga.Bukan dengan pasangan je..malahan segala atuk,moyang,pak sedara,mak sedara,cucu cicit pun sekali berkait..kena jaga silaturrahimnya..

Bahtera Perkahwinan
Jadi satu jalan yang cukup panjang di alam perkahwinan.Kena harus kuat,kena harus tabah.
Kuat hati dan jasmani,tabah jiwa dan hati.
Banyak masalah akan timbul nanti,kena bersedia semuanya.Kalau bukan masalah kewangan,akan timbul masalah hubungan.Kalau hubungan baik sentiasa,akan ada masalah bosan. Cara paling mudah,jaga hubungan dengan Allah.


Nak rumahtangga superb kelas pertama,jaga hubungan dengan Allah.Ikut tatacara Rasulullah dalam perilaku akhlak mulia,ikut panduan AlQuran dan Sunnah untuk disiplin dan didikan agama.Settle masalah!

Cumanya,nak ke tak nak, lepak mamak je..Kalau nak ,buat. Tak nak ,terbelenggulah dengan masalah kau sendiri.

Wallahualam.


Comments

Popular Posts