JADUAL WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA DARI JAKIM TAHUN 2021 M / 1442 H



Dah first Ramadan, baru teringat nak share waktu sahur dan berbuka ni. Moga ada lah manfaatnya masa musim MCO yang tak habis-habis ni. Moga ada sinarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi raya tahun ni. Aku rindu keseronokan beraya di kampung halaman. Walaupun semua abang-abang aku dah besar dan dah kahwin, tinggal adik dan anak sedara aku yang semakin bertambah..rasanya tahun ni dah 15 orang ..tunggu giliran baby aku jugak..tapi aku harap tahun ni aku dan kandungan aku mampu berpuasa penuh tanpa sebarang masalah. Aku kena cakap dengan baby, 'Anakku, tahun ni kita puasa sama-sama ya, you keep strong dalam rahim ibu ni dan kita bersama-sama buat ibadat puasa ini kerana Allah.' Penting buat macam ni, sebab baby 4 bulan dah boleh dengar dan fahami isi hati kita. Dan moga Allah beri suamiku kekuatan untuk mencari rezeki meneruskan kerja welding di site yang panas dan bahaya tu. Aku risau sangat sebab kali ni projek yang dia buat tu kena pasang atap ACP tingkat 4. Dah lah hari pertama puasa. Aku harap dia kuat untuk teruskan puasa. Tapi, kalau dia tak mampu juga, aku doakan Allah berikan dia kekuatan dan ampunkan segala dosa dia. Besar pengorbanan suami aku ni.Tak dapat aku nak balas melainkan Allah je yang mampu balas syurga untuk dia. Permudahkanlah urusannya Ya Allah.
Panjang membebel, ni korang boleh download or print waktu bersahur dan berbuka bagi negeri dan zon masing-masing. Baca dulu zon korang, kang tengok waktu berbuka kat Sabah, pukul 5 petang dah buka..batal lah puasa tuan puan..hehehe..
Okay, sekian. Salam Ramadhan.


 





Comments

Popular Posts